Matnoe Poksu Din Jalan Kaki Dari KL Ke Kelantan Semasa PKP Selepas Hilang Kerja - MyRating

Matnoe Poksu Din Jalan Kaki Dari KL Ke Kelantan Semasa PKP Selepas Hilang Kerja


Akibat hilang pekerjaan sejak sebulan lalu dan dihimpit masalah kewangan, seorang lelaki nekad pulang ke kampung halaman dengan berjalan kaki membabitkan perjalanan lebih 400 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Matnoe juga rindu dengan anak dan keluarganya di kampung. Ada sekali pada 4 April lepas, Mat Noe menceritakan dia hanya tinggal RM12 sahaja dengan maggi dua bungkus dan rokok 5 batang.



Lelaki berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah itu dikatakan memulakan perjalanan sejak kelmarin selepas mendapati bas ekspres ke Kelantan di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki itu menganggarkan perjalanannya mengambil masa tiga hari 20 jam untuk tiba di kampungnya sekiranya hanya dengan berjalan kaki.



Lelaki berkenaan yang dipercayai bekerja di Shah Alam pada asalnya mahu pulang mengikut jalan biasa iaitu Lebuhraya Karak, namun sesat sehingga melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tiba di Ipoh, Perak petang semalam.

Tindakan nekad itu dikongsi sendiri oleh pemuda berkenaan melalui Facebook miliknya yang dikenali sebagai Matnoe Poksu Din.



Menerusi status yang dimuatnaik pemuda berkenaan, dia berjalan kali dari Kuala Lumpur sebelum berhenti tidur di Ipoh selepas sesat dan terlalu penat selain kasut yang dipakai juga terkoyak.

Lelaki berkenaan turut memaklumkan sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS, dia cuba menumpang lori untuk menumpang balik, namun gagal.

Difahamkan, sebaik tiba di Ipoh, ada anggota bomba yang simpati dan mahu menghantarnya sehingga ke Gerik, memandangkan kisah pemuda berkenaan sudah tular di media sosial.



Lelaki itu turut memaklumkan pada jam 11 malam tadi, sebuah lori ayam dari Pulau Pinang turut membantu menumpangkannya dari Gerik ke Tanah Merah.

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah tiba di kampungnya awal pagi tadi.

Sementara itu, menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa memaklumkan suaminya mengambil keputusan untuk pulang selepas sebulan tidak bekerja.



"Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik.

"Gila kepala memikir. Duduk Kuala Lumpur pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah," katanya menerusi status di Facebook.

No comments:

Powered by Blogger.