PKP 4, Sudah Boleh Keluar Berdua Untuk Beli Barang Di Kedai - MyRating

PKP 4, Sudah Boleh Keluar Berdua Untuk Beli Barang Di Kedai


Lepas ini suami tak boleh lagi keluar sorang sorang ke AEON semata-mata untuk ditemani semasa membeli barang. Mengikut pekeliling yang baru keluar dalam PKP fasa empat ini, ketua keluarga boleh ditemani oleh ahli keluarga. 
Maka terputuslah harapan sebagaimana yang digambarkan oleh sesetengah animasi dan kartun bahawa akan ada pertemuan jodoh di pasaraya selepas ini. Siapa yang sempat memancing sebelum ini tu untunglah.

Ketua keluarga yang keluar membeli makanan, ubat-ubatan atau barangan keperluan harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 bermula hari ini, kini dibenarkan membawa seorang lagi ahli keluarga bersama.
Kebenaran itu berdasarkan kemas kini Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang diwartakan semalam.
Peraturan yang diterbitkan dalam warta kerajaan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu berkuat kuasa mulai hari ini hingga 12 Mei depan.

Seksyen 4(1)(a)(ii) peraturan itu, membenarkan individu yang keluar membeli makanan, ubat, keperluan harian atau barangan lain untuk disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah dengannya.
Individu yang keluar ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau perubatan pula, dibenarkan untuk disertai mana-mana orang lain yang dianggap perlu secara munasabah.
Walaubagaimanapun, perubahan peraturan ini boleh dibuat berdasarkan situasi dan keadaan semasa. Jika rakyat salah guna dan ingkar dengan social distancing, boleh jadi peraturan ini akan dikaji semula. 

No comments:

Powered by Blogger.