Ambil Barang Hantaran Posmen Guna Joran Ikan
Ingatkan dalam cerita Santan Berlada, Pi Mai Pi Mai Tang Tu ja sahaja ada aksi joran ini, rupanya dalam kehidupan sebenar pun ada yang gunakan joran ini untuk ambil bungkusan dan surat.
Ini bukan drama, ini betul betul berlaku. Betul betul social distancing ni. Baguslah
Seorang abam Posmen di Seri Kembangan ini terkejut sama sekali. Kenapa tak terkejut, orang ini ambil barang kiriman posmen guna joran ikan. Barangkali brader yang pakai joran ini dah lama tak mengail ikan. Ketagih hendak memancing barangkali, jadi terhiburlah dia sekejap dengan memancing guna bungkusan yang dikirim oleh Posmen.
Abam Posmen ini ceritakan sendiri brader ini malas turun ke bawah untuk ambil surat dan bungkusan itu. Jadi dia hulurkan joran sahaja untuk ambil barangan dia.
Pengguna yang gunakan joran ini tinggal di Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan Selangor. Hendak masuk hantar ke pintu rumah tidak boleh kerana perlukan kad akses, jadi bila panggil customer ini turun dia tak nak pula. Last sekali dia gunakan joran.
Sepanjang bertugas sebagai seorang Posmen selama tiga tahun, inilah kali pertama abam Posmen ini berhadapan dengan customer unik sebegitu. Macam-macam ragam orang ketika musim PKP ini. Silap-silap dengan GrabFood dan Food Panda pun dia guna joran juga agaknya.
No comments: