Dr Adham Berkongsi Pengalaman Malaysia Dalam Majlis Kesihatan Sedunia
Dunia mahu mendengar dan belajar dari pengalaman Malaysia. Donald Trump sudah menelefon Perdana Menteri Malaysia untuk berkongsi cara mengatasi Covid19. Kini, YB Menteri Kesihatan pula diberi penghormatan dalam mesyuarat virtual WHO.
Majlis Kesihatan Sedunia ke-73 diadakan secara maya (virtual) semalam. Dirasmikan oleh Dr Tedros Adhanom, Director General World Health Organization, WHO.
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato' Sri Dr Adham Baba berkongsi perkembangan terbaru Covid-19, langkah- langkah yang diambil Kementerian Kesihatan & kerajaan Malaysia untuk menangani wabak ini.
Hari ini selepas 63 hari PKP & PKPB, jumlah kes aktif di Malaysia hanya tinggal 1,332 orang atau hanya 19.09% sahaja.
Sejumlah 80.91% orang telah sembuh di Malaysia.
Pada 10 Mac 2020, ketika YB Menteri Kesihatan mengangkat sumpah sebagai Menteri, Malaysia berada di tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi di dunia.
Kini pada 19 Mei 2020, selepas 63 hari PKP & PKPB, kedudukan Malaysia sudah berada di tangga ke-56 di dunia.
No comments: