Kalau Ada Bonus, Bila Agaknya Akan Dapat?
Bilakah agaknya abam abam Posmen boleh dapat bonus? Ini satu soalan yang baik dan elok diperbincangkan secara bersama. Bila ye?
Pos Malaysia menerima timbunan barang yang begitu banyak hingga dianggarkan lebih 700,000 bungkusan pada bulan April tahun ini. Agak-agak bila terus barang dapat Pos Malaysia terus dapat payment collection ke?
Collection daripada customers hanya akan dapat dalam tempoh 45 hari. Jadi bayaran bulan April hanya akan dapat collection pada bulan Jun 2020 nanti.
Bermakna jika ada bonus pun, terpaksa melihat kembali akaun syarikat pada akhir tahun 2020 ini. Bila akaun syarikat ditutup pada bulan Disember 2020 nanti, maka akan terjawablah ada bonus atau tidak.
Jika ada, maka pada bulan Mac 2021 semua staff Pos Malaysia akan dapat tahu berapakah bonus yang mereka dapat untuk tahun 2020. Inilah cara pengiraan bila bonus akan diberikan.
Bersabarlah. Di saat banyak syarikat lain gulung tikar, tutup dan membuang pekerja akibat Covid19 ini, Pos Malaysia masih lagi bertahan. Diharap dengan penjelasan ini, segala-galanya akan terungkai. Insyallah adalah tu bonus untuk tahun 2020, bersama-sama kita doakan yang terbaik untuk Pos Malaysia.
No comments: