Liverpool Akan Julang Trofi EPL Di Perth Australia? - MyRating

Liverpool Akan Julang Trofi EPL Di Perth Australia?


Hanya lagi 6 mata untuk mengesahkan Liverpool bergelar juara EPL. Perjalanan memenangai kejuaraan EPL kali ini cukup panjang kerana pandemik Covid19. Namun ianya akan lebih diingati sampai bila-bila dalam sejarah peminat EPL jika ianya dilangsungkan di Perth, Australia. 

Kenapa di Perth? Ini kerana seorang ejan bolasepak Inggeris yang berpangkalan di Perth bernama Gary Wiliams mencadangkan agar EPL meneruskan baki perlawanan di stadium neutral di Australia. 

Cadangan dari Gary William itu disokong oleh Senator Perth iaitu Gleen Sterle dan khabarnya beberapa kelab Inggeris bersetuju secara dasarnya dengan cadangan tersebut. 

Menurut Gary William beliau telah berbincang dengan beberapa kelab Inggeris dan mereka bersetuju dengan idea itu berbanding idea asal untuk bermain di padang neutral milik Manchester City, West Ham dan Arsenal





"Everybody is safe here. The government has lifted many restrictions. We are sitting round in groups of ten, we can walk around and the beaches are open. We have had four new cases in the last ten days." ujar Gary Williams. 
Ada lagi 92 perlawanan yang perlu dihabiskan dalam EPL. Jika bermain di Perth, empat stadium ini akan menjadi pilihan iaitu The Optus Stadium, the Perth Oval, the WACA, and the Joondalup Arena. 
Kes Covid19 hanya mencatatkan 93 kematian di Australia berbanding sejumlah 28,000 kematian di UK. Jika Perth terpilih maka 20 pasukan EPL akan terbang ke sana dan bermalam di hotel-hotel di Perth. Krew televisyen juga akan bersama untuk siaran tv. 



'We have almost no new cases,' he said. 'It would just be a case of some quarantine for our friends when they arrive and then we are up and running.' kata Senator Perth, Glenn Sterle yang bersetuju kelab EPL datang menghabiskan baki EPL di Perth. 
Kelab Inggeris bersetuju kerana mereka boleh menghabiskan EPL sambil makan angin. Dua dalam satu, siapa yang tak nak kan? Cuba pertembungan Liverpool dan Manchester City mungkin akan sengit di Perth kerana Liverpool dijangka ditabalkan juara selepas perlawanan tersebut. 

No comments:

Powered by Blogger.