Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB, Intipati Ucapan PM Hari Ini
Ada beberapa kategori industri dan perniagaan yang tidak
diizinkan untuk beroperasi. Ini adalah perniagaan atau aktiviti yang melibatkan
perhimpunan ramai dan sentuhan badan di mana penjarakan sosial sukar dikawal.
Antaranya panggung wayang, pusat karaoke, pusat refleksologi, pusat hiburan,
kelab malam, taman tema, bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, karnival jualan dan
semua bentuk persidangan dan pameran.
Aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai,
sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan juga tidak dibenarkan. Ini
termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan
stadium. Aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan
perhimpunan ramai dibenarkan.
Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di
luar tanpa penonton. Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan
kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan
penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.
Majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang
melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka
puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan
jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan
adalah tidak dibenarkan.
Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat
dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumahrumah
ibadat juga tidak dibenarkan.
Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak
dibenarkan kecuali untuk tujuan
hadir bekerja dan pulang semula ke rumah
sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.
Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti
perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Buat masa ini, semua sekolah, kolej dan institusi pengajian
tinggi masih belum dibuka. Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak
dibenarkan boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara.
Kedai makan juga boleh beroperasi semula dengan jarak meja 2 meteri setiap satu dan seorang atau dua orang sahaja di setiap meja. Setiap pelanggan kena daftar butiran peribadi dengan kedai makan bagi tujuan pengesanan sekiranya berlaku jangkitan Covid19 di kedai tersebut.
No comments: