English Premier League Akan Disambung, Main Di Gelanggang Bebas - MyRating

English Premier League Akan Disambung, Main Di Gelanggang Bebas


Menurut laporan oleh The Sun UK, selepas empat jam bermesyuarat akhirnya mesyuarat bersetuju untuk menyambung semula EPL pada musim ini. Namun perlawanan sambungan akan diadakan di gelanggang berkecuali yang jauh daripada kawasan kejiranan di seluruh UK. 
Walau bagaimanapun pihak EPL akan mendapatkan kelulusan kerajaan UK untuk menyambung semula EPL ini dalam satu cadangan yang dinamakan sebagai "Project Restart"

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut menyatakan ;
"At a meeting of Premier League Shareholders today, clubs discussed possible steps towards planning to resume the 2019/20 season, when it is safe and appropriate to do so."
'The League and clubs are considering the first tentative moves forward and will only return to training and playing with Government guidance, under expert medical advice and after consultation with players and managers. The League welcomed the creation of the Government medical working group for a return of elite sport, which met for the first time this morning.
'No decisions were taken at today’s Shareholders’ meeting and clubs exchanged views on the information provided regarding Project Restart. It was agreed that the PFA, LMA, players and managers are key to this process and will be further consulted.'
EPL akan membawa cadangan mereka kepada Boris Johnson, Perdana Menteri UK untuk dipertimbangkan. 
Kerajaan United Kingdom mahu membawa kembalikan liga EPL untuk tontonan rakyat agar moral rakyat kembali semula selepas pandemik Covid19. Dijangkakan semua kelab akan mulai berlatih pada 18 Mei dan tiga gelanggang menjadi pilihan untuk perlawanan EPL iaitu West Ham, Man City dan Arsenal kerana tiga gelanggang ini jauh daripada kawasan kejiranan. 
Liverpool hanya perlukan 6 mata sahaja lagi untuk menjadi juara EPL selepas 30 tahun. Liverpool perlu menentang Everton, Crystal Palace, Manchester City, Aston Villa, Brighton dan Burnley. Daripada semua 6 perlawanan ini, Liverpool hanya perlukan 6 mata untuk menjadi juara. Bolehkah Manchester United potong Liverpool dan jadi juara EPL?

No comments:

Powered by Blogger.