Timbunan Bungkusan Kejutkan Semua Netizen, Pos Malaysia Jawab Kembali Kenapa Jadi Begitu - MyRating

Timbunan Bungkusan Kejutkan Semua Netizen, Pos Malaysia Jawab Kembali Kenapa Jadi Begitu


Pos Malaysia meminta semua rakyat Malaysia bersabar  menanti barangan mereka. Ini berikutan viral di media sosial semalam video timbunan bungkusan di pusat pemprosesan Pos Malaysia di KLIA menerusi twitter. 
Video itu dikongsi oleh Adell Mohd Noor dan kemudiannya di muat naik semula di twitter @kaymanbeaustore. Tweet tersebut telah tular dan mendapat 21,000 retweets dan ramai orang dilihat terkejut dengan timbunan bungkusan yang ada di pusat pemprosesan tersebut. 


Pos Malaysia telah menjawab kembali tweet @kaymanbeaustore dengan menyatakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP telah membataskan pergerakan mereka dan melambatkan urusan penghantaran bungkusan. 
“To our valued customers, Pos Malaysia has been receiving an average of 600,000 parcels every day during the MCO.
“Our staff are working diligently to ensure all parcels reach their recipient. However, our operating hours have to abide by the guidelines and rules under the MCO.
“We’re working as hard as we can to deliver your items and hope you will be patient with us,” tulis Pos Malaysia di twitter

Untuk mana2 yang tanya kenapa barang still stuck and tak gerak dari KLIA HUB, korang kena tengok video ni. Nilah sebab dia ya . Memang banyak barang stuck. Harap semua bersabar especially seller dan buyer 🥴😩 Sumber : facebook Adella Mohd Noor


Sebelum ini pun dah dipesan awal-awal lagi tentang kelewatan penghantaran bungkusan dan surat kerana pertambahan jumlah barangan semasa musim PKP, mungkin ramai yang terlepas pandang dan tidak membaca agaknya. Artikel sebelum ini ;




Bila tengok video tu barulah ramai terkejut. Namun itulah tugas Pos Malaysia dan seluruh posmen posmen di seluruh Malaysia, harapnya rakyat Malaysia terus bersabar ya. Lihatlah sendiri timbunan bungkusan dan surat yang terpaksa dibawa oleh abam abam Posmen dalam gambar di atas, banyak tu.

Abam abam posmen tetap steady je, bersabar sahaja. Harap pihak Pos Malaysia tambah lah sikit bonus kepada abam abam ini, barulah mereka semangat sikit. 

No comments:

Powered by Blogger.