Semua Kaunter JPJ Di Pos Malaysia Dibuka Semula
Mulai 4 Mei lepas, semasa era PKPB maka semua kaunter JPJ yang berada di semua kaunter Pos Malaysia dibuka semula seperti biasa. Pos Malaysia mengeluarkan kenyataan tentang pembukaan semula kaunter itu sebelum 4 Mei lepas. Ini satu berita yang mengembirakan bagi ribuan rakyat yang sudah mati roadtax motor dan kereta semasa musim PKP.
Sebelum ini, semua kaunter Pos Malaysia di shopping mall, di bangunana komersial ditutup semasa PKP. Kini sejak 4 Mei lepas, kesemua outlet Pos Laju ini dibuka semula untuk kemudahan orang ramai.
“All JPJ services over the counters at all post offices have also resumed accordingly,” kata Pos Malaysia dalam satu kenyataan media.
Apa pun yang berlaku, pastikan jaga penjarakan sosial, pakai face mask dan sentiasa pakai hand sanitizer. Insyallah semuanya akan selamat.
No comments: