Situasi Sebenar Di Pos Malaysia, Menjawab Gambar Posmen Di SiakapKeli
Semalam viral di media sosial gambar seorang abam Posmen duduk dalam keadaan yang cukup mengharukan selepas mengirimkan barang. Khabarnya abam Posmen tersebut berada dalam keadaan sedih mengenangkan nasib keluarganya dan ketiadaan bonus untuk hari raya.
Berdasarkan makluman yang Friends of Posmen perolehi menerusi sumber dari Pos Malaysia, kisahnya begini ;
Bila disemak balik, benarkah Pos Malaysia tidak memberikan bonus langsung kepada staffnya? Ianya tidak benar kerana Pos Malaysia telah memberikan bantuan RM250 dalam bulan puasa ini kepada 23,000 orang staffnya.
Ketika kebanyakan syarikat dan kilang gulung tikar dan membuang pekerja akibat pandemik Covid19, Pos Malaysia masih lagi bertahan. Tiada pekerja yang diberhentikan, tiada yang kena buang dan VSS.
Berbanding di luar sana, sejumlah hampir 610,500 orang tiada pekerjaaan pada Mac dan jumlah ini dijangka meningkat lagi kesan daripada Covid19. Sejumlah 208,907 pekerja sudah mendapat notis cuti tanpa gaji di Malaysia namun tiada seorang pun dari staff Pos Malaysia.
Memang benar berlaku jumlah peningkatan besar terhadap surat dan bungkusan semasa PKP ini. Namun itu tidak mencerminkan keseluruhan operasi kewangan Pos Malaysia.
Kewangan Pos Malaysia terbahagi kepada 4 segmen iaitu :-
1) Courier
2) Mail
3) Retail
4) Pusat Mail International
Bagi segmen satu, dua dan tiga + empat mewakili tiga komponen pendapatan yang hampir sama besar.
Walaupun peningkatan di segmen 1 adalah tinggi, tapi penurunan segmen 2 adalah 50%. Manakala penurunan 3+4 adalah lebih dari 60%, dari 18 Mac, ketika PKP dilaksanakan sehinggalah hari ini. Segmen no. 4 paling terjejas kerana tiada flight masuk dan tiada kiriman keluar kerana PKP.
Pada ketika ini pihak pengurusan sebaik mungkin sedang cuba balance keadaan cash flow syarikat. Ketika ini pengurusan cash flow syarikat sampai ke tahap harian.
Di mana segala perbelanjaan keluar dirancang sebaik mungkin supaya perkara perkara asas seperti gaji tidak terjejas. Gaji adalah perkara asas dan paling penting supaya tiada seorang pun staff Pos Malaysia kena buang kerja.
Pada ketika ini, keadaan kewangan, cash flow syarikat tidak mengizinkan untuk sebarang bonus tambahan lagi. Pihak Pos Malaysia sentiasa memantau keadaan cash flow syarikat.
Pos Malaysia juga melakukan perbelanjaan operasi dengan berhemah bagi membolehkan operasi syarikat berjalan seperti biasa. Berdoalah agar keadaan pulih seperti biasa dan operasi Pos Malaysia dapat dimaksimumkan seperti sebelum ini.
Buat semua abam abam Posmen, teruslah kerja dengan dedikasi dan penuh amanah. Insyallah gaji bulanan masih berjalan. Keadaan syarikat Pos Malaysia masih berjalan dengan pendapatan 1 kantung berbanding 4 sebelum ini.
Doakan yang terbaik buat Pos Malaysia. Amin.

No comments: