Abam Posmen Kata Wang RM250 Ialah Bantuan Prihatin - MyRating

Abam Posmen Kata Wang RM250 Ialah Bantuan Prihatin



Semalam, Friends of Posmen ada membuat posting bertajuk "Situasi Sebenar Di Pos Malaysia, Menjawab Gambar Posmen Di SiakapKeli", nampaknya netizen melahirkan simpati dan abam abam Posmen telah memperbetulkan duit RM250 itu adalah Bantuan Prihatin.

Wang tersebut adalah Bantuan Prihatin yang diberikan daripada tabung pekerja sendiri yang dipotong RM2. 


Amat bertepatan sekali tabung tersebut digunakan untuk time sebegini

"Bantuan Prihatin 250 dari duit pekerja sendiri yang dipotong sebulan RM2 dikira bonus. Tahun lepas bagi saguhati 1000 pun kita dah bersyukur" ulas seorang abam Posmen. 



Isu berkaitan hangat diperbincangkan setelah gambar seorang abam Posmen dikongsikan di Facebook Masakan Utara Barat

Posting di Facebook Masakan Utara tersebut menyatakan beliau sangat bersimpati dengan nasib seorang abang posmen yang sangat kecewa kerana tiada bonus khas untuk mereka Aidilfitri ini walaupun jumlah parcel yang mereka perlu hantar tahun ini bertambah berbanding tahun lalu.

Menurut sumber daripada Friends of Posmen, Pos Malaysia menyatakan mereka kekurangan hasil dari 3 kantung segmen utama semasa PKP ini yang menyebabkan mereka tidak berupaya memberikan imbuhan seperti tahun sebelumnya. 

Walaubagaimanapun, Pos Malaysia masih lagi bertahan dan tidak membuang seorang pun staffnya ketika ekonomi bergerak perlahan di musim PKP ini. Biar apa pun yang berlaku diharapkan Pos Malaysia mencari jalan terbaik untuk bersama-sama menjaga kebajikan semua staff dan abam abam Posmen sekalian. 

No comments:

Powered by Blogger.