Sergio Ramos Punca Mo Salah Tak Nak Ke Real Madrid
Sergio Ramos melakukan kekasaran yang amat keras terhadap Mo Salah pada final Liga Juara Juara pada tahun Mei 2018, yang membuatkan Mo Salah menangis kerana tahu peluangnya tipis untuk di Piala Dunia 2018 mewakili Mesir.
Mo Salah cedera di bahu. Hingga terpaksa dikeluarkan dalam perlawanan akhir tersebut dan menyebabkan kekalahan Liverpool 1-3 kepada Real Madrid. Luka kekalahan kepada Real Madrid itu dan kekasaran yang dilakukan oleh Sergio Ramos membuatkan Mo Salah tidak mahu ke Real Madrid dan mahu kekal di Liverpool.
Mohamed Salah menolak tawaran Real Madrid kerana dia selesa di Liverpool, kata bekas penolong pengurus Mesir Hany Ramzy.
Menurut Ramzy, Salah pernah berbincang mengenai hasrat Real dengannya dan pengendali Mesir Hector Cuper ketika kem latihan pada Mac 2018, sebelum Piala Dunia di Russia.
Real ketika itu bersedia membuat tawaran lumayan untuk Salah meninggalkan Anfield dan ke Bernabeu hanya selepas semusim.
Bagaimanapun Salah menolak tawaran Real dan Liverpool memberikannya kontrak lima tahun pada Julai 2018 selepas dia meledak 44 gol dalam 52 penampilan pada musim sulungnya.
"Ketika saya bekerja dengan Hector Cuper, kami ada kem latihan di Switzerland.
"Saya bercakap dengan Salah dan dia memberitahu saya Real Madrid membuat tawaran kepadanya.
"Tawaran itu sangat baik, tetapi Salah membincangkannya dengan saya dan Cuper, dan dia memutuskan untuk bersama Liverpool kerana dia selesa di sana," kata Ramzy.
Salah juga hilang minat berpindah ke Real Madrid selepas dicederakan oleh bek veteran Los Blancos Sergio Ramos pada final Liga Juara-Juara 2018.
Liverpool tewas 3-1 ketika itu tetapi Salah bangkit daripada kecederaan pada musim berikutnya dan membantu Liverpool menjuarai trofi berkenaan.
No comments: