Posmen Di Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung - MyRating

Posmen Di Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung


Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT juga kita kembali. Friends of Posmen mendapat perkhabaran tentang pemergian seorang Posmen di Melaka. Rakan rakan Posmen ini mengirimkan berita kepada Friends Of Posmen. 

Pada hari Jumaat yang lepas perginya seorang rakan Posmen di Melaka ketika bertugas akibat serangan sakit jantung. 

Beliau adalah seorang Posmen yang cukup dedikasi dan komited dengan tugasnya dan telah menabur bakti bersama Pos Malaysia selama lebih 12 tahun sejak tahun 2008 lagi. 



Arwah, Muhd Zamri Husssen berkhidmat di Pejabat Pos Malim, Melaka. Ketika di hospital rakan rakan Posmen telah membuat kutipan derma kilat untuk diserahkan kepada balu arwah. 

Arwah masih ada tiga orang anak yang masih bersekolah. Bersama-samalah kita membantu keluarga arwah untuk meringankan beban mereka. Abam abam Posmen semua boleh hubungi keluarga arwah di Melaka untuk hulurkan bantuan. 

Kita sedekahkan Al fatihah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di syurga jannah bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Amin. 


No comments:

Powered by Blogger.