100 Hari PKP, Peperangan Menentang Covid-19 Berada Di Ambang Kemenangan - MyRating

100 Hari PKP, Peperangan Menentang Covid-19 Berada Di Ambang Kemenangan






Hari ini genap 100 hari perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, PKP sejak ianya dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 yang lepas. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang ditandatangan oleh YB Menteri Kesihatan untuk mengadakan PKP ini terbukti menjadi senjata paling berkesan untuk melawan Covid-19.

Betul lah apa yang disebut oleh Ketua Pasukan pakar perubatan China, Dr Li Jun pada bulan April lepas yang awal-awal lagi sudah meramalkan Malaysia akan berjaya kawal Covid-19 dengan jayanya.


“Kami dapati Malaysia telah mampu mengawal wabak ini dengan berjaya. Pihak hospital juga menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi” ujar Dr Li Jun. Malaysia kini terbukti berada di ambang kemenangan menentang Covid-19.

Kini pada hari ke-100, sejak dua hari lepas, angka kes Covid-19 di Malaysia mencatatkan angka 3 kes dan 6 kes baharu sahaja. Berbanding dengan Brazil yang masih mencatat 40,000 kes sehari, 37,000 kes sehari di Amerika Syarikat, 7,000 kes sehari di Russia, 1,113 kes sehari di Indonesia dan 958 kes sehari di United Kingdom semalam, bersyukurlah angka kes Covid19 di Malaysia sudah menurun ke hanya angka satu digit sahaja.



“Jumlah kes Covid19 di Malaysia adalah tiga kali ganda lebih teruk berbanding negara-negara ASEAN lain pada awalnya tetapi sekarang Malaysia adalah yang terbaik. Inilah kisah luar biasa yang harus diceritakan" ujar Dustin Pfundheller, seorang Dental Surgeon yang berasal dari Florida Amerika Syarikat yang memuji usaha Malaysia dalam satu video bertajuk "Malaysia Incredible Covid19 Story" dalam saluran Youtube miliknya.

Pada 30 April 2020, selepas 50 hari, kedudukan Malaysia jatuh di tempat ke-48 dunia kes Covid-19 paling tinggi di dunia. Turun 30 tangga di dunia. Selepas 50 hari juga kedudukan Malaysia juga bukan lagi berada pada tangga pertama kes paling tinggi di Asean.

Malah ketika seluruh dunia bergelut dengan peningkatan ribuan kes sehari akibat Covid-19 pada bulan April, Malaysia sudah mula mencatatkan kes baharu di bawah 100 kes selama 13 hari berturut-turut pada hari yang ke-50 PKP dilaksanakan.



Kini pada 25 Jun 2020, selepas 100 hari, kedudukan Malaysia sekarang telah jatuh di tempat ke-70 dunia, berbanding pada 10 Mac 2020, ketika YB Menteri Kesihatan mengangkat sumpah sebagai Menteri, Malaysia berada di tangga ke-18 dunia kes Covid19 paling tinggi. Alhamdulilah, turun 52 anak kedudukan pada hari ini.

Ini kerana, Malaysia telah dipimpin oleh jeneral perang yang betul. Jeneral yang memimpin seluruh pasukan di Kementerian Kesihatan dari seawal pagi hingga lewat malam pada setiap hari sepanjang 100 hari ini demi memastikan rakyat Malaysia selamat daripada virus Covid-19 ini.

Kes aktif Covid-19 hanya tinggal 244 kes sahaja di Malaysia berbanding ribuan kes di negara lain. 

Dalam siaran Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada hari ke-100 tempoh PKP ini, YB Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba menyatakan rasa terima kasihnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan frontliners yang menjadikan kedudukan Malaysia pada tahap ini sekarang.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menjadikan kita mencapai angka 1 digit kes Covid19 kerana mengamalkan kebiasaan baru (new norms). Terima kasih juga kepada semua frontliners, terutama petugas kesihatan di hospital dan juga klinik kesihatan awam yang pantas bertindak dalam menanggani pesakit Covid19”

Ketika ditanya apakah Malaysia boleh mencapai sifar kes Covid-19 pada bulan depan, berikut adalah jawapan yang diberikan oleh YB Menteri Kesihatan;

“Jangkaan kita, Malaysia boleh capai dan negara kita mungkin bebas Covid19 pada bulan Julai 2020. Tetapi dengan keadaan dunia yang pandemik ini, kita tidak boleh leka dan alpa. Kemungkinan imported cases itu yang menjadi isu sekarang” ujar Dr Adham Baba.

Insyallah Malaysia boleh mencapai sifar kes Covid-19 jika rakyat Malaysia terus kekalkan disiplin yang tinggi ini. #KitaMestiMenang

Jangan leka, kita baru di ambang kemenangan, belum menang sepenuhnya lagi.

No comments:

Powered by Blogger.