Dulu Posmen Naik Motor, Sekarang Posmen Dah Jadi Pilot Kapal Terbang
Dulu kita tengok abam Posmen hantar barang dan surat naik motorsikal atau basikal, sekarang dunia dah semakin canggih lagi. Posmen jadi pilot kapalterbang hantar surat dan bungkusan kepada pelanggan.
Dengan revolusi penerbangan ini, Pos Malaysia dah macam cerita Super Wings dah. Dalam cerita Super Wings tugas utama mereka adalah menghantar surat. Tahniah Pos Malaysia
Berikut adalah beberapa keping gambar pesawat yang tertera logo Pos Malaysia yang disiarkan oleh Malaysia Airports.
Dalam kenyataan itu juga tertulis
"Perkhidmatan pos negara ini akan memasuki era baru apabila ia menggunakan kapal terbang sendiri bagi meningkatkan urusan penghantaran surat dan bungkusan, tidak lama lagi" ujar kenyataan tersebut.
Difahamkan ini merupakan ketibaan penerbangan pertama kapal terbang Pos Asia Cargo tiba di KL International Airport.
No comments: