Cerita Mat Kilau Mengenai Zikir “Ya Latif”, Ketika Bertapa Dalam Gua & Bertemu Menteri Besar Pahang - MyRating

Cerita Mat Kilau Mengenai Zikir “Ya Latif”, Ketika Bertapa Dalam Gua & Bertemu Menteri Besar Pahang



Dalam filem Mat Kilau, semua penonton nampak susuk watak Mat Kilau sebagai seorang perwira yang berani dan alim. Perwatakan warak ini hasil daripada amalan dan ibadah yang dilakukan setiap hari. Zikir adalah salah satu amalan harian pahlawan Melayu.

 



Di dalam buku Sejarah Mat Kilau yang ditulis oleh Prof. Talib Samat, terdapat satu kisah yang mengaitkan antara lagenda Pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, dengan rahsia disebalik kalimah “Ya Latif" yang terdapat di jata negeri Pahang.

 

Diceritakan, ketika Mat Kilau ditemui oleh Menteri Besar Pahang iaitu Tan Sri Yahya Mohd. Seth, beliau beratib, “Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif”.


Lalu menteri besar Pahang bertanya, “Aki, adakah apa-apa hubungan ratib aki itu dengan kalimah “Ya Latif” yang tertulis di simbol kerajaan negeri Pahang?”.

 

Lalu Mat Kilau menjawab, “Ya Latif itu amalan biasa Aki sahaja”. Berkemungkinan besar kalimah tersebut diletakkan pada simbol kerajaan Negeri Pahang ada kaitan dengan lagenda pahlawan ini.

 

Apa khasiat zikir “Ya Latif” ini? Ada yang mengatakan Mat Kilau masih lagi dalam keadaan takut bila mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pada tahun 1969. Oleh itu, zikir “Ya Latif” ini sering diamalkan oleh Mat Kilau. Antara kelebihan zikir ini adalah boleh menghilangkan rasa marah.

 

Mat Kilau juga pernah menceritakan mengenai buntat embun yang ada pada dirinya dan semakin membesar selepas beliau bertapa di Gua Gelangi.

 


“Selepas saya bertapa di Gua Gelangi selama tujuh hari, buntat embun itu menjadi besar secara tiba-tiba” kata Mat Kilau sambil menunjukkan buntat embun itu kepada kawan-kawannya.

 

“Pasti buntat embun ini ada khasiatnya. Boleh Orang Kaya ceritakan kepada kami” desak Mat Kelubi. Pada mulanya Mat Kilau keberatan untuk menceritakan. Namun akhirnya Mat Kilau menceritakan demi menjaga hati kawan-kawannya.

 

“Semasa bertapa di Gua Gelangi, saya mengamalkan zikir Ya Latif. Akhirnya saya telah didatangi oleh makhlus halus dari jin Islam” kata Mat Kilau memulakan ceritanya.

 

Menurut makhlus halus itu dia akan membantu Mat Kilau sekiranya dalam kesusahan, tetapi semuanya dengan izin Allah SWT. “Apa kaitan buntat embuh dengan makhlus halus itu” tanya Mat Lela.

 

“Menurut makhlus halus itu, buntat embun itu banyak khasiatnya. Sekiranya badan sakit atau terasa lemah, segera mandi air embun. Nescaya badan jadi sihat dan segar semula. Begitu juga sekiranya terkena santau atau termakan racun pasti pulih setelah mandi mandi air embun.

 

 

Sumber:

1)   Menyelusuri Jejak Pahlawan Dari Rawa, Tok Shahrum, Tok Gajah & Mat Kilau, Talib Samat.

2)   Facebook Para Pencari Mu

3)   Buku Mat Kilau, Pahlawan Pahang – Abdul Latip Talib

No comments:

Powered by Blogger.