Liverpool Perlu Dua Mata Lagi Untuk Juarai EPL - MyRating

Liverpool Perlu Dua Mata Lagi Untuk Juarai EPL


Semalam, akhirnya Liverpool mencapai kemenangan yang dicari. Membelasah Crystal Palace di laman sendiri dengan keputusan empat gol berbalas kosong. 

Kali terakhir Liverpool menang dalam pertandingan kompetitif adalah pada 7 Mac 2020 ketika menumpaskan Bournemouth dengan keputusan 2-1 di Anfield. 

Kemenangan semalam adalah kemenangan pertama selepas 111 hari tergendala akibat Covid-19. Kemenangan semalam juga menjadikan Liverpool mengumpul mata 86 mata dari 28 kemenangan dan 2 keputusan seri. 

Liverpool ada lagi baki 7 perlawanan. Daripada 21 mata maksimum, Liverpool hanya perlukan 2 mata lagi untuk menjari juara EPL. 



Sungguh lama penantian Liverpool kali ini bila EPL juga terpaksa ditunda akibat Covid-19. Liverpool akan menentang Manchester City pada 3 Julai ini, waktu 3.15 pagi Malaysia. 

Jika menang menentang City maka Liverpool akan terus ditabal sebagai juara. Jika seri pula bagaimana? Bolehkah Liverpool ditabal sebagai juara?

Boleh. Liverpool akan mendapat 87 mata keseluruhan. Jumlah mata ini tidak boleh lagi dipotong oleh Manchester City. Lebih pedih Pep Guardiola bila melihat Liverpool juara di laman mereka sendiri. 

Ini kerana City akan mengumpul mata keseluruhan 64 mata dan ada baki lagi 7 perlawanan, 21 mata jika menang semua perlawanan. Jika dijumlahkan 64 mata dengan 21 mata, menjadi hanya 85 mata sahaja dan City tidak lagi boleh memotong Liverpool. 


Apatah lagi Manchester United, jauh sekali lah hendak memotong Liverpool. Jika Anthony Martial score hatrikk dalam semua perlawanan selepas ini dan Manchester United menang semua game pun, mereka hanya boleh kumpul 68 mata sahaja, jauh sangat sangat hendak potong Liverpool. 

Yang paling sedih bila Liverpool menjadi juara ini adalah penyokong Manchester United. Betul tak?

Apa pun, Liverpool boleh menjadi juara lebih awal pada malam ini jika Manchester City seri atau kalah dengan Chelsea. Jadi malam ini ramai-ramai penyokong Liverpool kena sokong Chelsea. 

No comments:

Powered by Blogger.