Sekolah Akan Dibuka Semula? Cikgu Mula Sibuk Ukur Jarak Meja Dalam Kelas
"Ready to new norm..." berikut adalah caption ayat yang ditulis oleh seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani di Facebooknya. Cikgu Muslim memuat naik gambarnya bersama beberapa orang guru lagi sedang mengukur kedudukan meja dalam sebuah bilik darjah.
Meja-meja itu disusun atur supaya jaraknya 1 meter. Besar kemungkinan satu kelas boleh memuatkan kurang daripada 20 orang murid.
Apa ini petanda bahawa sekolah-sekolah akan dibuka semula selepas tamat tempoh PKPB pada 9 Jun ini?
Apa ini petanda bahawa sekolah-sekolah akan dibuka semula selepas tamat tempoh PKPB pada 9 Jun ini? Sejumlah 7,772 sekolah menengah, 2,436 sekolah rendah dan 451 sekolah swasta di seluruh negara ditutup mulai mulai 18 Mac lepas.
Begitu juga dengan 20 buah IPTA, 436 IPTS dan 20,000 pusat asuhan berdaftar yang ditutup sejak tarikh itu bagi memutuskan rantaian Covid19. Ramai anak-anak sudah mulai rindu alam persekolahan. Ya lah, sudah lebih 100 hari mereka berPKP di rumah bersama keluarga mereka.
Jika sekolah dibuka semula, ianya sesuatu yang amat baik untuk anak-anak. Namun perlu dipastikan apakah anak-anak ini akan patuh dengan penjarakan sosial semasa berada di kelas, kantin dan semasa dalam van / bas sekolah?
Anak-anak sekolah menengah mungkin faham, namun bagi yang masih bersekolah rendah sejauh mana SOP penjarakan sosial 1 meter ini mampu dipenuhi oleh mereka.
Yang mempraktiskan penjarakan sosial ini adalah ibu bapa mereka bukannya mereka. Anak-anak masih lagi di rumah dan belum pun tahu apa situasi yang berlaku di luar sana. Oleh itu, peranan guru-guru adalah amat besar di sekolah. Kesabaran guru-guru untuk mengawal dan membimbing mereka ini amatlah teruji nanti.
Semoga cikgu-cikgu sekalian tabah hadapi karenah anak-anak ini nanti.
No comments: