Cik Nah Kawan Baru Cik Kiah Sujud Syukur Dapat Lesen Dari DBKL
Alhamdulillah, rezeki di musim PKP. Segalanya Allah SWT telah takdirkan. Satu persatu kebaikan datang kepada semua peniaga tempatan pada musim PKP ini.
Kawan baru Cik Kiah, iaitu Cik Nah sujud syukur sejurus menerima lesen perniagaan yang disampaikan sendiri oleh YB Menteri Wilayah Persekutan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa di gerainya.
Itulah rezeki Cik Nah, seorang ibu tunggal yang memandu sendiri mini van dari Paya Jaras ke Bukit Damansara setiap pagi untuk berdagang juadah pagi.

Cik Nah jual nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak dan akok. Sedap masakan Cik Nah sebab itu mini van Cik Nah penuh dengan regular customer di awal pagi lagi.
Dengan tema "Cik Nah Nasi Dagang..MMMM Sedap" memang mini van Cik Nah popular di kawasan Bukit Damansara. Cik Nah ini layak ditabal sebagai ikon melawan kemiskinan bandar.
Dulu Cik Nah berniaga bersama suaminya. Selepas suaminya meninggal dunia beliau berniaga sendiri. Gigih bangun awal pagi setiap hari dan kemudian memandu van untuk berniaga mencari rezeki.
Ramai lagi insan seperti Cik Nah yang berjuang mencari rezeki halal setiap hari demi anak dan keluarga. Namun mereka tiada lesen. Jangan khuatir kerana kini DBKL telah mempermudahkan segala urusan.
Apa yang penting adalah rajin dan berusaha. Polisi kemanusian ini diterapkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Haji Annuar Musa bagi menyemarakkan kempen melawan miskin bandar.
Insyallah, moga ribuan lagi usahawan yang rajin seperti Cik Nah dapat dihasilkan. Amin.
Ini lokasi kedai Puan Aminah atau Cik Nah iaitu di lot parkir Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara. Jom sama-sama kita cari nasi dagang Cik Nah.

No comments: