Covid-19 : Malaysia Lebih Hebat Berbanding Negara Maju & Kaya Lain
KUALA LUMPUR – Siapa sangka dengan keadaan haru biru apabila tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas memerintah hampir 22 bulan – kerajaan Perikatan Nasional (PN) mampu menangani dengan baik penularan Covid-19.
Malah Malaysia juga antara negara yang mendapat pengiktirafan dunia kerana cara kita menangani pandemik berkenaan secara begitu efektif dan angka kes menurun dalam tempoh hampir 100 hari.
Kata Annuar, engan hanya beberapa minggu sahaja menubuhkan kerajaan dan mula menjawat jawatan, hakikatnya isu Covid-19 tetap menjadi satu keutamaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama keseluruhan Kabinet.
“Kita terpaksa pilih, adakah kita hendak dahulukan politik, keadaan ekonomi atau soal nyawa dan keselamatan rakyat?
“Kita tahu pada masa sama, kita terpaksa berjimat cermat kerana ketika itu harga minyak jatuh dengan teruk, khazanah menguncup, hutang pula banyak di tinggalkan kerajaan lama.
“Malah masa itu, dunia tidak ada apa-apa penanda aras bagaimanakah pandemik ini boleh ditangani, kita pula masih baharu beberapa minggu tubuh kerajaan. Tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama pimpinan lain memilih nyawa rakyat sebagai keutamaan.
“Alhamdulilah, tindakan itu tepat sekali. Tidak sampai beberapa minggu, kita sudah mampu mengambil satu keputusan cukup baik ketika itu.
“Jika hendak dibandingkan dengan negara-negara hebat, kaya, lebih maju dari segi sains teknologinya yang akhirnya rakyat mereka berpuluh ribu mati kerana Covid-19, berjuta-juta dijangkiti virus ini dan penyakit lain,” katanya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini
Sumber : MalaysiaGazette
No comments: