Posmen Berjalan Kaki 15km Sehari, Gajinya Hanya RM682 Sebulan - MyRating

Posmen Berjalan Kaki 15km Sehari, Gajinya Hanya RM682 Sebulan


New Delhi: Seorang posmen tidak pernah jemu berjalan sejauh 15 kilometer setiap hari selama 30 tahun untuk menghantar surat ke kawasan terpencil di Coonoor, Tamil Nadu, selatan India.

Ia memandangkan kawasan berkenaan tidak dapat diakses pengangkutan awam. Sepanjang bertugas, dia perlu meredah denai licin di dalam hutan tebal di samping berdepan ancaman haiwan liar. Semuanya dilakukan demi tugas meskipun dia hanya menerima gaji bulanan sebanyak 12,000 Rupee (kira-kira RM682).
Atas dedikasinya, D Sivan, 65, yang bersara minggu lalu dihujani ucapan terima kasih daripada warga Twitter. Seorang pegawai Perkhidmatan Pentadbiran India (IAS), Supriya Sahu turut memuat naik satu ciapan di Twitter untuk mengucapkan terima kasih atas khidmat lelaki itu.


"Dia melakukan tugasnya dengan penuh dedikasi selama 30 tahun sehingga bersara minggu lalu," tulisnya.

Menurut laporan agensi berita India, Sivan menghantar surat di kawasan terpencil dan hutan berhampiran Singara dan Marapallam.



Dia berjalan dari Pejabat Pos Hillgrove berhampiran Coonoor. Dalam perjalanannya, Sivan sering terserempak dengan gajah, beruang dan beberapa haiwan liar lain. Seorang pengguna Twitter @mysuru_sen berkata: "Pekerjaan terpuji, di era internet dan telefon pintar mungkin ramai yang tidak mengetahui perkhidmatan seperti itu ada di pejabat pos."

Banyak ciapan mahu lelaki itu diberikan Anugerah Padma Shri iaitu penghargaan awam keempat tertinggi di India kerana dedikasinya. "Dia layak mendapat Padma Shri kerana mengabdikan diri untuk tugas yang penuh dengan pelbagai bahaya," tulis @ PDE09942497.

No comments:

Powered by Blogger.