Sadio Mane Mahu Bermain Bersama Kalidou Koulibaly Di Anfield - MyRating

Sadio Mane Mahu Bermain Bersama Kalidou Koulibaly Di Anfield


Ini pasti satu berita ngeri kepada semua pasukan di EPL. Gandingan Virgil Van Dijk dengan Kalidou pastinya sukar hendak dilepasi oleh mana-mana penyerang di EPL tambahan pula yang menjadi goalkeeper adalah Allison. Fuhhh pasti clean sheet memanjang Liverpool kalau Kalidou datang bermain di Liverpool.

Sadio Mane telah menggesa Liverpool untuk menandatangani pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly – yang merupakan rakan senegaranya.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp, merupakan peminat besar kepada bintang yang bernilai £90 juta, yang telah membantu kelabnya, Napoli, menjuarai Copa Italia bulan lalu ini.
Koulibaly juga diinginkan oleh Manchester City, Manchester United dan Chelsea – begitu juga Barcelona, Real Madrid dan Paris Saint-Germain.

Tetapi Mane percaya pemain berusia 29 tahun itu akan memberi impak luar biasa pada kelabnya, Liverpool, yang baru dinobatkan sebagai Juara Liga Perdana Inggeris.

Dua bintang ini bermain bersama ketika di Metz pada tahun 2011-2012, dan juga beberapa kali dalam perlawanan peringkat antarabangsa bersama Senegal.

 “Kalidou Koulibaly adalah seorang pertahanan yang cemerlang, dan salah seorang yang terbaik di dunia pada posisinya. Saya akan sangat sangat gembira untuk bermain bersamanya di peringkat kelab, kerana saya telah mengenali dia untuk tempoh yang lama” kata Mane.


Pemain sayap itu menambah: “Pertama sekali kami berjumpa adalah di Metz sebelum bergandingan sekali lagi untuk skuad antarabangsa Senegal.

Pemain sayap itu menambah: “Pertama sekali kami berjumpa adalah di Metz sebelum bergandingan sekali lagi untuk skuad antarabangsa Senegal. “Tiada kelab sepatutnya menolak peluang untuk mempunyai Koulibaly dalam skuad mereka.
“Dalam apa jua keadaan, ianya sangat menyenangkan untuk saya bermain bersama-sama dengan dia untuk Liverpool.

“Dia akan sangat dialu-alukan di sini.”

Klopp sedang mencari pertahanan tengah yang baru untuk digandingkan bersama Virgil Van Dijk.

Joe Gomez dan Joel Matip ketika ini berada dalam senarai tetapi Dejan Lovren semakin pasti akan berpindah ke kelab Russia, Zenit St Petersburg.

Dan Klopp mungkin akan mempertimbangkan pendapat Sadio Mane, dengan penyerang itu telah menjaringkan 20 gol dalam 44 perlawanan musim ini, setelah memainkan peranan penting dalam membantu Liverpool menjuarai Liga buat kali pertama sejak penantian selama 30 tahun.

No comments:

Powered by Blogger.