Pusat Kuarantin Covid-19 Di Maeps Ditutup - MyRating

Pusat Kuarantin Covid-19 Di Maeps Ditutup


Pada 25 Mac 2020, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah dibuka di MAEPS Serdang yang menempatkan 600 katil iaitu 400 pesakit lelaki dan 200 pesakit wanita. 


Menariknya Pusat Kuarantin di MAEPS ini siap hanya dalam tempoh 3 hari sahaja dan ianya satu pencapaian yang amat membanggakan berbanding China yang mengambil masa 7 hari untuk menyiapkan pusat rawatan yang sama untuk Covid-19. 

Hari ini, 10 Julai 2020, YB Dato' Sri Dr Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir ke Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS sempena penamatan operasinya. 

Turut hadir sama YBhg Dato' Dr Norhizan bin Ismail, Pengarah, Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM dan YBhg Dato' Indera Dr Sha'ari bin Ngadiman, Pengarah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Operasi pusat ini bermula 25 Mac 2020 dengan menerima 3 orang pesakit dari Hospital Kuala Lumpur. Seterusnya, 6 Jun 2020 pula pusat ini menerima seramai 687 pesakit ditempatkan di PCRC (bilangan tertinggi yang dicatatkan sepanjang operasi pusat ini). 

Manakala, hari ini adalah detik bersejarah penutupan operasi pusat ini setelah 1 orang pesakit terakhir telah discaj & dibenarkan pulang.



Turut hadir sama adalah Dr Kenneth yang merupakan penyokong Liverpool dan begitu lantang baru-baru ini mengecam dokumentari fitnah Al Jazeera terhadap negara kita Malaysia. Terima kasih Dr Kenneth dan semua frontliner yang berusaha keras dan bertungkus-lumus untuk negara ini semasa tempoh Covid-19 ini. 

Tahniah dan syabas kepada Dato' Seri Dr Adham Baba dan seluruh warga KKM yang berjaya menjadikan negara kita menang pada hari ini dalam menentang Covid-19. 

#KitaMestiMenang

No comments:

Powered by Blogger.