Pandai Sungguh "Dia", Kalau Yang Lain Dah Lama Kena Gigit Dah
"Selamat Pagi Gais....mmg jinak dh 4 tahun knl...hahahah....tugas dye mmg ambil surat..." begitulah coretan daripada Munir Mohd di facebooknya tiga hari lepas tentang kisah seekor anjing yang begitu jinak dan mengambil surat daripada seorang abam Posmen.
Munir yang bertugas sebagai seorang Posmen di Lenggong Perak beberapa kali berkongsi video anjing yang jinak itu di laman facebooknya. Ada sekali, anjing itu menunggu kehadiran abam Posmen bersama dengan tuan rumahnya. Bagus sungguhlah.
Tidak seperti rakan-rakannya yang lain yang sebelum ini kita selalu lihat video mereka sama ada mengejar dan bertindak agresif terhadap abam-abam Posmen, anjing ini begitu jinak sekali.
Seolah faham dan tahu, Posmen yang datang hanya ingin menyampaikan surat, anjing itu terus mengambil surat itu daripada Posmen dan berlalu pergi.
Mungkin kerana sudah 4 tahun lebih mengenali Munir Mohd maka anjing itu jinak dan tidak bertindak agresif terhadapnya. Semua abam abam Posmen kena berguru dengan Munir ni, apa ilmu dia gunakan hingga anjing itu menjadi jinak dengannya.
Terbaiklah Munir !!!
No comments: