Penyokong Liverpool Ini Marah Al Jazeera Buat Tuduhan Bohong Terhadap Malaysia - MyRating

Penyokong Liverpool Ini Marah Al Jazeera Buat Tuduhan Bohong Terhadap Malaysia


Seorang penyokong Liverpool ini begitu marah sekali dengan dokumentari tidak benar yang dibuat oleh Al Jazeera baru-baru ini. Penyokong Liverpool tersebut menyifatkan video yang dibuat oleh Al Jazeera itu sebagai satu tuduhan tidak wajar terhadap Malaysia. 

"Al-Jazeera making false claims (pembohongan/tuduhan tidak wajar) against Malaysia regarding the management and treatment of Illegal immigrants with Covid-19!" katanya dalam satu posting di Facebooknya semalam. 


Kenneth Wong adalah seorang penyokong kuat pasukan Liverpool. Beliau bukan biasa-biasa kerana beliau juga merupakan seorang doktor yang bertugas sebagai antara frontliners di Pusat Kuarantin Maeps Serdang. Nama penuhnya Dr Kenneth Wong Chen Fei, Pegawai Perubatan UD41 dari Hospital Melaka. 

Beliau turut kongsikan gambarnya itu di facebooknya. 


"I was doing my service in Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, MAEPS Serdang for 1 month and 1 week. We treated almost 700-800 Covid-19 Positive illegal immigrants (Pendatang Asing Tanpa Izin/PATI) in our centre" ujar Dr Kenneth lagi. 

Semua pendatang dilayan dengan baik dan adil. Kami hormati mereka sebagai seorang manusia. Makanan disedikan sebanyak tiga kali sehari. 

Setiap makanan ada sayur, daging dan nasi. Tidur pun dalam aircond. Mereka juga diberikan free toiletry pack siap dengan tuala dan makanan ringan. Tiada seorang pun daripada mereka yang dilayan dengan cara yang tidak baik. 

Mereka boleh solat berjemaah. Apabila mereka discharged, mereka juga diberikan baju dan seluar yang baru. Demikian ulasan Dr Kenneth dalam facebooknya menjawab fitnah palsu yang dibuat oleh Al Jazeera. 


Malah tambahnya lagi, setiap saringan dibuat secara percuma dengan kos satu test sejumlah RM300 ke RM400. Makanan pun percuma. Baju percuma. 

"Semua Kerajaan Malaysia tanggung! What more do they want? Laporan Al-Jazeera adalah tidak berasas dan tidak betul (one-sided news). We stand with Ministry of Health (KKM) and Malaysia for doing their best in fighting the Covid-19 pandemic! " ujar Dr Kenneth lagi. 

Tahniah Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterajui oleh YB Dato' Seri Dr Adham Baba kerana memiliki seorang doktor yang baik sebegini. Semoga penjelasan daripada doktor ini memadam terus fitnah jahat yang dibuat oleh Al Jazeera terhadap negara kita. 

Terima kasih Dr Kenneth kerana berani mempertahankan negara ini dari fitnah jahat media asing. Semua rakyat Malaysia perlu mengecam fitnah jahat yang dibuat oleh Al Jazeera ini. 

No comments:

Powered by Blogger.