Rakyat Malaysia Perlu Jadi Frontliners, Pantau Mereka Yang Langgar SOP & PKPP
Terima kasih netizen kerana menjadi frontliners di barisan hadapan untuk memantu mereka yang memakai wristband pink ini. Sudah kantoi dua orang individu yang sepatutnya kuarantin di rumah tetapi keluar makan di restoren secara terbuka.
Seorang wanita yang singgah makan sebuah restoren di Perak dan seorang lagi lelaki yang makan di sebuah kedai di Sungai Udang, Klang.
Lebih mengkacau bilaukan keadaan bila seorang wanita yang viral gambarnya sebelum ini makan di sebuah restoren telah disahkan positif Covid-19 bersama dengan anaknya.
Wanita ini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Kasihan pada pemilik dan pelanggan-pelanggan restoren di Perak yang disinggahi oleh wanita positif Covid-19 ini.
Mereka juga ada anak-anak dan keluarga. Habis satu restoren kena sanitasi. Kalau sekadar sanitasi sahaja tidak mengapa, kalau merebak pula virus itu kepada orang lain bagaimana?
Jadi patuhlah SOP dan jangan pentingkan diri sendiri. Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengesan 63 individu yang belum melakukan ujian saringan kali kedua selepas pulang dari luar negara.
Dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1
pada 22 Julai 2020, YB Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Dr Adham Baba menyatakan
virus Covid-19 ini adalah musuh yang halus dan kita tidak nampak.
“Individu yang memakai wristband sekiranya
sesiapa nampak di restoren atau sebagainya. Mereka ini sebenarya di bawah
pengawasan KKM dan kerajaan. Kalau terlihat tolonglah beritahu pihak
penguatkuasa. Lapor polis dan kita akan bertindak cepat” kata Dato’ Sri Dr
Adham Baba lagi.
Rakyat Malaysia harus ke hadapan membantu KKM dan pihak berkuasa untuk kesan mereka yang melanggar SOP ini. Kita jaga kita.
No comments: