1,000 Tahun Dahulu Tokoh Perubatan Islam Dah Suruh StayAtHome Bila Pandemik Berlaku
Arahan duduk di rumah dalam perintah PKP yang
dialami oleh semua rakyat Malaysia pada 17 Mac lepas sebenarnya sudah pun
dipraktiskan 1,000 tahun lepas oleh Ibnu Sina untuk memerangi penularan
penyakit.
Ibnu Sina yang merupakan “Bapa Perubatan
Moden” dalam bukunya “The Canon of Medicine” telah pun menceritakan tentang
kaedah duduk di rumah ini.
Ibnu Sina yang dilahirkan pada
tahun 980 Masihi dan dikenali oleh orang Barat dengan nama Avicenna merupakan tokoh
perubatan Islam yang terulung. Ibnu Sina menguasai ilmu perubatan pada usianya
16 tahun dan menghafal Al Quran sejak berusia 10 tahun lagi.
Karya Ibnu Sina yang terkenal
adalah Al-Qanun Fit-Tibb atau formula perubatan. Ia menjadi rujukan dan
kajian tesis di universiti universiti di Barat sehingga abad ke-17, terutamanya
di Itali dan Perancis.
Ibnu Sina dilahirkan di Bukhara,
Uzbekistan. Dalam satu kisah diceritakan Ibnu Sina telah pergi berjumpa dengan
seorang lagi sarjana Islam bernama Al-Biruni yang menetap di Akademi Urganch di
Khwarezm. Dalam dunia moden pada hari ini, Khwarezm terletak dalam negara Kazakhstan
dan Turkmenistan dan berdekatan dengan Laut Kaspia.
Ada sebuah dokumentari mengenai
kisah Ibnu Sina dan Al-Biruni ini yang dihasilkan oleh Tashkent Production
Studio di Uzbekistan. Antaranya dokumentari itu menceritakan bagaimana Ibnu
Sina menanggani epidemik yang berlaku, melaksanakan kuarantin di rumah dan
bagaimana hendak menyelamatkan rakyat pada waktu itu.
Apa yang dilakukan oleh WHO dan seluruh dunia
pada hari ini adalah berdasarkan saranan yang dibuat oleh Ibnu Sina dalam
dokumentari tersebut.
Ketika mereka baru bertemu di Akademi
tersebut, Al Biruni mahu bersalam dan memeluk Ibnu Sina tetapi Ibnu Sina
berkata :
“Wahai Biruni, pertama kalinya kita harus
membasuh tangan dengan vinegar dan menukar pakaian”
Al Biruni bertanya kembali “Apakah ini amalan
baru? Dari negara mana amalan ini?
Ibnu Sina menenangkan kembali Al Biruni yang
kelihatan terkejut itu dengan berkata ;
“Di mana sahaja ada penyakit berjangkit yang
merebak dan membunuh manusia, kita harus melakukan amalan ini”
Selepas bertukar pakaian, mereka pun
berbincang tentang bagaimana hendak melawan wabak penyakit yang menular pada
ketika itu. Al Biruni bertanyakan kepada Ibnu Sina,
“Bolehkah kita melawan epidemik ini dengan
bantuan Sains”
Selain itu, Ibnu Sina juga mencadangkan
beberapa kaedah untuk melawan penyakit ini termasuklah kaedah duduk di rumah.
Pada ketika itu, rakyat diseru agar duduk di rumah dan sesiapa yang bergejala
perlulah diasingkan dalam satu bilik khas.
Ternyata apa yang dibuat 1,000 tahun dahulu
oleh tokoh ilmuan Islam ini kini menjadi ikutan pada tahun 2020 ini ketika
dunia melawan pandemik Covid-19.
No comments: