Asal Usul Bangi, Dulunya Ada Tiga Estet Yang Besar
Bandar Baru Bangi, begitulah nama yang diberi. Pada ketika ini dihuni lebih daripada 300,000 orang penduduk yang datang daripada seluruh negara. Bandar Baru Bangi menjadi pilihan kerana lokasinya yang dekat dengan Putrajaya.
Ketika awal pembukaan Universiti Kebangsaan Malaysia, UNITEN, UPM dan beberapa kolej yang ada sekitar Bandar Baru Bangi ramai yang memilih untuk menetap di Bandar Baru Bangi kerana bekerja, mengajar dan belajar di insitusi-institusi tersebut. Bandar Baru Bangi dikenali sebagai bandar ilmu.
Bangi asalnya dikelilingi tiga buah estet besar. Estet - estet ini telah dibuka sekitar 120 tahun yang lalu. Kini tanah - tanah ladang estet Bangi tersebut telah berubah menjadi kawasan penempatan baru yang makmur dengan puluhan ribu penduduknya menjadi 'Orang Bangi'.
Tiga estet tersebut adalah ;
Pertama adalah Bangi Estate yang dibuka pada tahun 1905 dan kini sudah bertukar menjadi Bangi Avenue.
Kedua adalah Broome Estate yang dibuka pada tahun 1906. Kini kawasan Broome Estate itu bertukar menjadi Bandar Seri Putra Bangi, Perumahan Batu 6 Bangi & Bangi Awani.
Ketiga adalah Bukit Tunggu Estate yang dibuka pada tahun 1906 dan kini menjadi Bukit Mahkota Bangi & Bandar Puteri Bangi.
Daripada kawasan estet, kini Bangi sudah bertukar menjadi "bandar baju Melayu" bila dua kedai popular baju Melayu berada di Bangi Sentral iaitu Bulan Bintang serta Elrah. Kedua-dua jenama popular ini berada betul-betul di Bandar Baru Bangi dan lokasi ini akan penuh dengan orang ramai ketika adanya musim perayaan.
No comments: