Selepas Keluar Dari Universiti Stanford, Pelajar Bijak Ini Mahu Berkhidmat Di KKM Sebagai Saintis Perubatan - MyRating

Selepas Keluar Dari Universiti Stanford, Pelajar Bijak Ini Mahu Berkhidmat Di KKM Sebagai Saintis Perubatan



Sejak berusia 4 tahun lagi, Yugendran telah pandai dalam matematik. Semuanya ini berlaku bila Yugendran sering melihat empat orang kakaknya melakukan kerja rumah berkaitan Matematik.

Sehinggalah Yugendran berjaya mendapat 11A+ dalam SPM, kemudian menyambung A-Level Program di Epsom College Malaysia (ECM).
Kini, Yugendran sudah berusia 20 tahun dan telah diterima masuk ke universiti Stanford University’s Class of 2024.

“Bila habis belajar nanti saya mahu berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia” ujar Yugendran dalam satu perbualan ringkas bersama Radio Era pada 23 Julai 2020.

Dalam satu temubual bersama dengan Malay Mail, Yugendran juga berasa teruja kerana berjaya masuk ke Stanford Universiti. Beliau menyatakan memang cita-cita sejak kecil lagi untuk belajar di universiti terkemuka di dunia.

“Saya merasakan ini satu peluang untuk saya bersama dengan mereka yang pintar dan bijak, kemudahan komuniti yang terbaik dalam universiti tersebut yang akan membuatkan saya menjadi lebih baik lagi” kata Yugendran lagi.

Yugendran memohon untuk masuk ke 15 universiti terkemuka di dunia dan menerima tawaran dari 10 universiti iaitu University of California Los Angeles (UCLA), New York University (NYU), Columbia University, Yale University, Carnegie Melon University and King’s College London.
Yugendran bercadang untuk membuat dua ijazah iaitu dalam bidang Bioengineering dan Matematik serta Ijazah dalam Komputer Sains. Yugendran memilih Stanford kerana ianya terletak di Silikon Valley dan kerana kemudahan bioengineering yang ada di sana yang akan membantunya untuk menjadi seorang Saintis Perubatan.  



Ketika membuat A Level, saya berminat dengan bioengineering kerana ianya berkaitan dengan kanser dan kajian stem cell. Ianya amat mengujakan saya, kata Yugendran. Kanser adalah antara salah satu penyakit yang belum ada ubat dan kajian stem sel telah menunjukkan satu keputusan yang boleh diharapkan. 

Saya membuat kajian lebih banyak tentangnya dan menyedari yang ini adalah antara usaha terbaik yang saya boleh sumbangkan balik kepada masyarakat suatu hari nanti” ujar Yugendran.

Yugendran menyatakan beliau turut memilih major dalam Matematik dan Sains Komputer (Data Sains) supaya beliau boleh berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia suatu hari nanti sebagai salah seorang pembuat keputusan dan dasar penting untuk negara ini.

Moga cita-cita murni Yugendran tercapai dan dapat membantu keluarga dan negara ini suatu hari nanti. Selamat berjaya untuk Yugendran.


No comments:

Powered by Blogger.