Wira Sebenar Covid-19 Malaysia, Wataknya Sama Seperti Nick Fury
Dalam
sesebuah organisasi adalah menjadi lumrah alam, mereka yang sebenarnya menjadi
hero dan wira sebenar jarang dikenali masyarakat. Orang hanya lihat mereka yang
selalu berada di muka televisyen dan akhbar. Wira di belakang tabir yang
uruskan logistik, peralatan, petugas dan sumber manusia bagi memastikan sesuatu
operasi berjalan baik jarang dikenali oleh rakyat.
Samalah
juga halnya dalam menanggani Covid-19, antara wira sebenar yang kurang dikenali
orang rakyat Malaysia adalah Haji Mohd Rabin bin Basir, Ketua Pengarah Majlis
Keselamatan Negara. Haji Mohd Rabin sebenarnya adalah orang yang
bertanggungjawab memastikan seluruh operasi mengenai Covid-19 dilaksanakan
dengan sempurna.
Wataknya
seperti Nick Fury. Jarang muncul seperti hero-hero Avengers yang lain tetapi
kalau tidak kerana mesej daripada transmitter pager Nick Fury kepada Captain
Marvel, sudah tentu hero-hero Avengers akan bermasalah bila berhadapan dengan
Thanos buat kali kedua dalam Avengers : Endgame.
Nick
Fury adalah orang yang pertama kali sekali mengajak Iron Man menyertai
Avengers,malah kertas kerja Avengers Initiative pun ditulis olehnya. Nick Fury
juga yang membangunkan semula Captain America, setelah dia tidur dalam ais
selama lebih 70 tahun. Malah ketika pertempuran awal dengan Thanos di Wakanda,
Nick Fury yang menyusun strategi awal untuk menghadapi Thanos.
Begitulah
juga dengan Haji Mohd Rabin, beliaulah yang menyusun seluruh operasi pelbagai
kementerian dan agensi dalam peperangan menghadapi Covid-19. Alat cukup ke
tidak, peralatan dalam keadaan baik atau tidak dan keseluruhan tugas polis,
tentera, jururawat, anggota kesihatan dan termasuklah pihak berkuasa tempatan.
Haji Mohd Rabin ini dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi di kalangan penjawat awam. Orang yang warak dan tidak "main projek". Orangnya cukup merendah diri dan berasal dari Pontian, Johor. Bertuah sekali Malaysia memiliki Haji Mohd Rabin ketika Covid-19 sedang melanda negara ini.
Haji Mohd Rabin ini dikenali sebagai seorang yang berintegriti tinggi di kalangan penjawat awam. Orang yang warak dan tidak "main projek". Orangnya cukup merendah diri dan berasal dari Pontian, Johor. Bertuah sekali Malaysia memiliki Haji Mohd Rabin ketika Covid-19 sedang melanda negara ini.
Jika
ada pertempuran menentang Covid-19 di kawasan PKPP, maka lagi telitilah
perancangan yang dibuat oleh “Nick Fury” ini bagi memastikan virus Covid-19 ini
dapat ditewaskan menerusi pemutusan rangkaian dengan mengarahkan penduduk di
kawasan PKPP itu dengar arahan “stay at home”.
Dalam
filem Avengers, Nick Fury hilang sebelah matanya kerana dicakar oleh kucing
tetapi “Nick Fury” Malaysia ini hanya bermata merah sahaja jika ada yang pernah
terserempak dengannya. Itulah harga bagi penat lelah, kerja keras untuk menjaga
negara ini agar bebas daripada wabak Covid-19.
Malah
wajah Haji Mohd Rabin kadang-kadang cengkung kerana kurang atau tidak cukup
tidur. Tidak sempat hendak ke hadapan kerana tugasan yang besar terpaksa
dipikul untuk uruskan logistik, peralatan dan sumber manusia bagi menghadapi
Covid-19.
Oleh
kerana itulah, Haji Mohd Rabin tidak bercakap atau keluar di muka televisyen
setiap petang. Hasil dan keputusan yang diusahakan oleh Majlis Keselamatan
Negara ini dibacakan oleh hero yang lain di televisyen.
Haji
Mohd Rabin dan ribuan frontliners yang lain berada di belakang tabir. Mereka
bekerja dan terus bekerja demi memastikan semua kenderaan dan hal ehwal logistik
mengikut jadual dan terancang. Teratur dan lengkap serta berkesan di sesuatu
kawasan pertempuran bagi melawan Covid-19. Haji Mohd Rabin akan memastikan pertempuran
itu di sesuatu kawasan PKPP atau zon perang merah itu mesti dimenangi dengan
baik.
Sebelum
menjadi Ketua Pengarah MKN, Haji Mohd Rabin adalah Timbalan Ketua Pengarah
(Keselamatan Strategik), MKN. Beliau bertugas menjadi Ketua Pengarah MKN sejak
7 Oktober 2019. Kini ketika musim banjir, Haji Mohd Rabin juga adalah orang
yang bertanggungjawab menguruskan bantuan kepada rakyat ketika hadapi banjir
ini.
Orangnya
sederhana, wajah dan langkahnya nampak terkawal dalam menghadapi semua situasi
bencana yang berlaku dalam negara ini terutamanya Covid-19 dan juga banjir.
Walaupun
wajah dan langkahnya yang perlahan itu menggambarkan letih dan beban besar
digalaskan, namun Haji Mohd Rabin tetap tenang dalam setiap perbincangan dan
mesyuarat untuk kesihatan dan keselamatan rakyat semua.
Inilah
hero yang rakyat Malaysia belum lagi kenal sepenuhnya. Beliau umpama Nick Fury
dalam setiap filem Avengers. Berada di belakang tabir menguruskan logistik,
kenderaan dan segala kelengkapan perang yang mahu digunakan Iron Man, Captain
America, Captain Marvels, Thor, Hulk, Natasha dan semua Avengers lain tersedia
dengan baik.
Salute
untuk Haji Mohd Rabin. Moga Allah SWT permudahkan segala urusannya di dunia dan
akhirat. Terima kasih atas jasa-jasa yang besar untuk rakyat Malaysia selama
ini. Terima kasih sekali lagi.
No comments: