Video Kononnya Murid Sekolah Kebangsaan Inanam Laut Dijangkiti Covid-19 Adalah Palsu - MyRating

Video Kononnya Murid Sekolah Kebangsaan Inanam Laut Dijangkiti Covid-19 Adalah Palsu




PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan murid Tahun Dua sebuah sekolah kebangsaan di Sabah dijangkiti korinavirus (Covid-19).

Penafian itu dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

"Berita palsu," katanya ringkas.

Terdahulu lewat petang hari ini, tular di WhatsApp murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Sabah dikatakan positif wabak itu.

Turut disertakan sekeping gambar petugas kesihatan yang memakai pakaian pelindung diri (PPE). 

Hari ini, Sabah merekodkan tiga daripada tujuh kes baharu positif Covid-19.

Kesemua kes penularan dalam negara di negeri itu melibatkan rakyat tempatan.

Dua kes dikesan pada saringan pra pembedahan dan pesakit dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu manakala satu kes dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.


Sumber : Sinar Harian

No comments:

Powered by Blogger.