Anugerah Golden Boy, Luqman Hakim Mendahului Superstar Dunia Yang Lain
Inilah kuasa viral rakyat
Malaysia. Siapa sangka kadang-kala ada juga gunanya. Sebagaimana rakyat
Malaysia mengundi gol Faiz Subri tiga tahun lalu untuk membolehkan Faiz Subri
menang Anugerah Puskas Award dengan undian 60% lebih berbanding bintang dunia
yang lain iaitu Lionel Messi dan Neymar.
Hari ini, sekali lagi kuasa viral rakyat
Malaysia perlu digunakan untuk ulang kejayaan Faiz Subri tiga tahun lepas, kali ini rakyat
Malaysia bersatu padu tanpa mengira apa warna bangsa dan politik untuk
memenangkan Luqman Hakim pula. Luqman Hakim mendahului dengan 17%
undi atau 4,278 undi daripada 28,735 undi keseluruhan.
Masih belum cukup kuat
lagi itu, rakyat Malaysia kena tolong lagi Luqman Hakim. Ayuh kita tingkatkan peratus
undi pada Luqman Hakim itu sekurang-kurangnya 60% sebagaimana undi Faiz Subri
dahulu. Undian masih lagi dibuka untuk penduduk bumi ini mengundi di laman tuttosport.com.
Ayuh unti Luqman, demi Malaysia.
Atas kertas, nama Luqman
amatlah kerdil berbanding nama-nama bintang dunia yang lain seperti Phil Foden,
bintang muda Manchester City, Erling Haaland, penyerang Borussia Dortmund dan
Mason Greenwood, pemain muda Manchester United.
Dalam 80 bintang muda yang
disenaraikan itu, Luqman Hakim yang kin bermain dengan kelab KV Kortrijk, Belgium
mendahului degnan 17% undian diikuti dengan di tempat kedua iaitu Eduardo
Quaresma, pemain Sporting Lisbon dan pemain Dynamo Kiev, Heorhiy Tsitsaishvili
dengan 8%, tempat keempat adalah Mason Greenwood dari Manchester United dengan 5%
dan tempat kelima adalah Haaland dengan hanya 4% undian.
Bintang-bintang dunia lain
yang pernah memenangi gelaran Golden Boy sebelum ini adalah Kylian Mbappe (2017),
Raheem Sterling (2014), Lionel Messi (2005) dan Wayne Rooney pada tahun 2004.
Mampukah Luqman Hakim
tersenarai dalam 20 pemain terbaik untuk disenarai pendek bagi Anugerah Golden
Boy ini? Rakyat Malaysia bersama-sama boleh melakukannya. Ayuh kita lakukan
demi Luqman Hakim.
No comments: