Muafakat Nasional Diperkukuhkan, Perikatan Nasional Hanyalah “Loose Coalition” Sahaja - MyRating

Muafakat Nasional Diperkukuhkan, Perikatan Nasional Hanyalah “Loose Coalition” Sahaja




“Parti-parti politik di Semenanjung ini, kita merasakan Gagasan Muafakat Nasional itu perlu diperkukuhkan. Sebab itu Muafakat Nasional membuka pintu kepada parti-parti lain untuk mempertimbangkan menyertai Muafakat Nasional.

“Jadi tidak timbullah soal ahli soal ahli Muafakat Nasional pula hendak pergi ke Perikatan Nasional. Buat masa ini Perikatan Nasional itu kekal sebagai konsep bukan menjadi sebuah parti”.

Iaitu konsep loose coalition antara parti-parti melalui ahli-ahli parlimen yang membentuk sebuah kerajaan dan kita mahu kekal begitu. Tetapi kalau dari segi parti apa, lambang apa menuju PRU yang akan datang, kita berpendapat Muafakat Nasional itu boleh diperkukuhkan”.

Itulah yang dimaksudkan oleh Presiden ujar Tan Sri TPr Haji Annuar Musa, Setiausaha Agung Barisan Nasional ketika disoal wartawan mengenai kenyataan media Pengerusi Barisan Nasional pada hari ini mengenai penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional.

 



Tan Sri TPr Haji Annuar Musa berkata demikian dalam siaran langsung di Facebooknya pada hari ini. Selain itu, Tan Sri turut menyatakan ;

“Kalau bercakap platform ke arah PRU, kita berpendapat Muafakat Nasional itu boleh diperkukuhkan. Untuk mewujudkan satu politik yang lebih kukuh, lebih padu dan fokus pada agenda pembangunan, Muafakat Nasional itu ada potensi yang boleh diperkukuhkan”

“Jadi dalam MN sekarang ada UMNO dan PAS, kalau ada parti lain hendak menyertai, itulah yang sebaik-baiknya. Itu maksud Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bukan keluar dari Perikatan Nasional”.


No comments:

Powered by Blogger.