Perkhidmatan Mel & Bungkusan Antarabangsa Dihentikan Sementara Oleh Pos Malaysia - MyRating

Perkhidmatan Mel & Bungkusan Antarabangsa Dihentikan Sementara Oleh Pos Malaysia



POS Malaysia gantung khidmat mel, bungkusan antarabangsa


KUALA LUMPUR: POS Malaysia menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Perkhidmatan Mel Ekspres (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak.

POS Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah berkenaan diambil disebabkan impak COVID-19 yang mengakibatkan tahap sekatan berbeza di negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui AskPos di www.pos.com. – BERNAMA

No comments:

Powered by Blogger.