KDYMM Pemangku Raja Pahang Tawan Gunung Tahan
KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pada 5 Ogos 2020 selamat berangkat tiba dari puncak Gunung Tahan, setelah menempuh pendakian selama 4 hari di dalam Program Kembara Eksesais Makmur.
Program kembara ini adalah cetusan ilham Kebawah Duli Pemangku Raja sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur. Bersama-sama dengan Kebawah Duli Pemangku Raja di dalam Kembara ini adalah pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).
Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat
berbangga mempunyai seorang Pemangku Raja yang begitu cintakan negeri dan ingin
menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini.
Daulat Tuanku.
Sumber House Of Pahang.
No comments: