Dulu Sekolah Di Alor Setar, Kini Jadi Datuk Bandar California
Dulu semasa kecil dia bersekolah di SMJK Keat Hwa Alor Setar, siapa sangka sekarang dia sudah jadi Datuk Bandar di California, Amerika Syarikat. Tahniah Jocelyn Yow.
California baru-baru
ini melakar sejarah apabila seorang wanita muda berusia 25 dan bukan dari
kalangan kulit putih dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale.
Jocelyn Yow, merupakan
wanita berketurunan Asia dengan susur-galur dari Malaysia di sebelah bapanya,
manakala ibunya pula berasal dari Vietnam.
Bapa Yow berhijrah ke
Amerika Syarikat pada tahun 1980 untuk melanjutkan pelajaran, sebelum berkahwin
dengan ibunya yang merupakan pelarian Vietnam.
Pada
tahun 1996, mereka kembali ke Malaysia atas urusan keluarga dan menetap di
Kedah selama lebih 10 tahun.
Yow
juga pernah bersekolah di SMJK Keat Hwa di Alor Setar, Kedah.
Graduan
dari University of California, Berkeley itu kini melanjutkan pengajian di
peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan kerajaan di Harvard
Extension School.
Yow yang merupakan ibu kepada bayi berusia 6 bulan dilapor menjadi wanita termuda daripada kaum minoriti dilantik sebagai Datuk Bandar Eastvale.
Bandar
itu memiliki lebih 55,000 penduduk.
Awal
tahun ini Yow menyiarkan satu hantaran di Instagram sempena meraikan Bulan
Warisan Amerika - Asia Pasifik.
"Ibu
saya dan keluarganya terpaksa berpisah, melarikan diri dari Vietnam dan datang
ke negara ini sebagai pelarian pada usia muda. Ayah saya datang ke sini dari
Malaysia pada tahun 1980-an untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi dan masa depan yang lebih baik.
"Pada
tahun 1996, kami harus pulang ke Malaysia ketika datuk di sebelah ayah saya
didiagnosis menghidap barah, dan akhirnya saya menghabiskan lebih 10 tahun di
sana, yang membolehkan saya belajar lebih banyak mengenai sejarah, warisan dan
budaya keluarga kami," katanya.
No comments: