Tiga Jenis Kaki Sembang Yang Dibenci Oleh Rasulullah SAW
1. “Thartharun”, iaitu golongan yang sembang kencang atau
cakap berjela-jela yang tidak berfaedah. Mereka ini biasanya suka mencelah
percakapan orang lain dan gemar menguasai perbualan tanpa memberi ruang kepada
orang lain bercakap.
2. “Mutasyaddiqun”, iaitu golongan yang suka bercakap
dengan gaya yang merendah- kan atau meremehkan orang lain.
3. “Mutafayhiqun”, iaitu golongan yang bila bercakap,
suka cerita tentang dirinya sahaja untuk tonjolkan dirinya lebih dari orang
lain.
Dalam sebuah hadis, Rasulullahﷺ bersabda;
أَبغَضَكُمْ إِليَّ وَأبْعَدَكُمْ مِني مَجْلساً يَومَ القِيامةِ:
الثَّرْثَارونَ، والـمُتَشَدِّقُونَ، وَالـمُتَفَيْهِقُون
“Sesungguhnya
orang yang paling aku benci dan paling jauh kedudukannya daripadaku pada hari
Kiamat ialah orang yang paling lebat sembangnya, orang yang suka memperolok
orang lain dan orang yang sombong bicaranya.”
(Riwayat al-Tirmidzi)
No comments: