Menteri Kesihatan Jelaskan Kekeliruan Tentang Terjemahan Air Kosong
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan dalam satu 'insta story' pada kira-kira jam 12.00 tenghari telah memuat naik satu story berkaitan dengan kekeliruan terjemahan air kosong yang dipaparkan di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.
Paparan itu tular di media sosial dengan menyatakan kononnya facebook page Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat terjemahan yang salah atas frasa "air kosong" kepada "empty water". Seolah-seolah paparan itu ditulis dalam Bahasa Inggeris di facebook KKM.
Bila disemak kembali pada posting asal di Facebook KKM, pada asalnya ianya tidak ditulis pun dalam Bahasa Inggeris, ianya hanya ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja. YB Menteri Kesihatan telah menjelaskan bahawa seseorang telah menggunakan fungsi terjemahan yang ada di Facebook untuk membuat terjemahan kepada perkataan "empty water" tersebut dalam posting di "insta story" beliau.
Sementara itu, KKM menerusi satu Kenyataan Media telah memperjelaskan dengan lebih terperinci tentang isu terjamahan Empty Water ini. Boleh baca penjelasan lanjut KKM di pautan ini :
Isu ini bukan pertama kali berlaku, sebelum ini ada juga pengguna yang keliru dengan terjemahan Datuk yang kononnya dikatakan diterjemahkan oleh page KKM, padahal sebenarnya ianya juga adalah daripada auto translate yang sama. Sila baca pautan ini :
No comments: