Nikkei COVID-19 Recovery Index, Malaysia Lonjak 101 Kedudukan - MyRating

Nikkei COVID-19 Recovery Index, Malaysia Lonjak 101 Kedudukan

                                          


Usaha memerangi pandemik COVID-19 adalah menjadi keutamaan YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob sejak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Ogos tahun lepas. Dalam ucapan kemerdekaan pada 31 Ogos 2021, Perdana Menteri menyatakan;

 

"Sempena Hari Kemerdekaan ini, kita perlu terus berjuang memerangi pandemik COVID-19 sebagai musuh yang paling utama. Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baru." 


Nampaknya, usaha untuk memerangi COVID-19 kini berada pada landasan yang betul. Kedudukan Malaysia dalam Nikkei COVID-19 Recovery Index yang terbaru melonjak sejumlah 101 kedudukan, ianya meletakkan negara pada kedudukan ke-13 di dunia dengan sejumlah 66.5 mata.

 

Malaysia sebelum ini berada di kedudukan ke-114 di dunia dengan 29 mata dalam Nikkei COVID-19 Recovery Index yang dikeluarkan pada 30 Jun 2021. Kedudukan Malaysia ini juga adalah yang terbaik di negara ASEAN.

 

Ini satu pencapaian yang baik hasil kerja keras daripada semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bersungguh-sungguh dan penuh komited dalam menangani pandemik COVID-19 ini sejak dua tahun yang lepas.

 

Index ini mengukur markah daripada 0 hingga 90 untuk setiap negara. Markah yang dikumpulkan adalah berdasarkan kepada 3 kategori iaitu pengawalan pandemik, vaksinasi dan pergerakan (pergerakan komuniti, Oxford Stringency Index, aktiviti penerbangan)

No comments:

Powered by Blogger.