Maguire Cakap Nak Libas Liverpool, Alih-Alih Siapa Yang Kena Libas Semalam?
Itulah, lain kali jangan cakap besar lagi. Kan dah kena 4-0 semalam atau secara agregatnya 9-0 untuk musim ini. Libas itulah ayat riak dari kapten Manchester United, Harry Maguire. Cakap besar bukan main lagi nak libas Liverpool la bagai, akhirnya kena empat gol tanpa balas, baru dia tahu siapa yang kena libas sebenarnya.
Harry Maguire menegaskan menghalang Liverpool untuk memenangi empat kejuaraan musim ini bukanlah pendorong buat Manchester United. Berikut ayat riak Harry Maguire sebagaimana yang dilaporkan dalam Berita Harian
"Saya tidak rasa ia sebahagian daripada motivasi kami (menghalang misi empat kejuaraan Liverpool). Motivasi untuk ke Anfield ialah menentang Liverpool dan memenangi perlawanan.
"Peminat setia menyokong kami
sepanjang musim, mereka hadir dalam jumlah yang besar, mereka amat menakjubkan
dalam musim sukar sebegini.
"Untuk kami ke Anfield,
bermain dengan baik dan mendapat tiga mata, ia adalah saat yang besar buat kami
untuk peminat. Jadi ia adalah motivasi utama buat kami," kata Maguire.
Baca berita libas tu kat sini... Maguire mahu libas Liverpool (bharian.com.my)
Malah prestasi hambar Maguire turut mendapat kecaman daripada otai Manchester United iaitu Roy Keane yang menyifatkan Maguire memberikan persembahan yang buruk sepanjang musim ini. Malah tidak keterlaluan jika Zlatan Ibrahimovic pun turut sama mengecam bekas pasukannya di England itu.
No comments: