Muhammad Tawan Hati Pengundi Kapar - MyRating

Muhammad Tawan Hati Pengundi Kapar



Mesra, mudah bincang dan mendengar keluhan rakyat. Ini kriteria wakil rakyat yang rakyat mahukan dalam PRU15 ini. Kriteria itu ada pada Muhammad, calon Barisan Nasional (BN) di parlimen Kapar.

Muhammad Bin Noor Azman dijangka mampu memenangi kerusi parlimen Kapar berdasarkan aspirasi dan misi yang beliau bawakan untuk Kapar.



Muhammad mempunyai misi yang jelas untuk pengundi di Kapar. Dalam agenda pemerkasaan ekonomi orang muda, Muhammad menyatakan ikthiarnya untuk mewujudkan Geran Ekonomi Parlimen Kapar (GEMPAK) yang bernilai Satu Juta Ringgit bagi membantu aktiviti ekonomi orang muda di Kapar.

GEMPAK menawarkan pembiayaan aktiviti ekonomi yang telus dan inklusif. Ianya bagi mengurangkan karenah birokrasi, selain khidmat nasihat dan latihan lanjutan bagi membantu usahawan muda.



Mempunyai seseorang yang muda sebegini sudah tentu mampu memberikan nafas baru dan idea segar dalam memastikan ekonomi Kapar yang lebih mampan. Ramai yang tidak sedar bahawa, tidak ada pilihan yang lebih baik selain daripada memilih calon Barisan Nasional ini yang menjanjikan Kestabilan dan Kemakmuran.

Pada 19 November ini, Sabtu akan menjadi penentu. Anak-anak muda harus menyatakan sokongan kepada Muhammad Bin Noor Azman. Beliau adalah wakil anak muda yang jauh lebih berwibawa, berkarisma dan memunyai material sebagai pemimpin peringkat tertinggi. Sebab itu Barisan Nasional mempertaruhkan beliau sebagi calon.

Marilah sokong Calon Anda:
Muhammad Bin Noor Azman
Parlimen P109 Kapar

No comments:

Powered by Blogger.