Lulusan Undang-Undang Dari United Kingdom Tawarkan Diri Jadi Wakil Rakyat Di Kapar - MyRating

Lulusan Undang-Undang Dari United Kingdom Tawarkan Diri Jadi Wakil Rakyat Di Kapar

     



Ramai anak muda diberi peluang menjadi wakil rakyat untuk parti Barisan Nasional (BN)         dalam PRU15 ini. Ada jurutera, doktor, peguam dan juga lulusan undang-undang dari             United Kingdom di parlimen Kapar.

Di Kapar, BN mempertaruhkan Saudara Muhammad bin Noor Azman, seorang yang berkelulusan undang-undang dari Universiti of West England, United Kingdom.

Hampir 66% calon muka baru dan lebih muda di seluruh negara, termasuklah Saudara Muhammad yang baru berusia 30 tahun. Ini antara langkah peremajaan UMNO bagi memenuhi aspirasi sejumlah 6,007,978 orang juta pengundi muda PRU15 yang berusia antara umur 18 hingga 29 tahun.

Saudara Muhammad Bin Noor Azman, Calon Barisan Nasional bagi Parlimen P109 Kapar, berumur 30 tahun, membuka gelanggang pertamanya di dalam arena pilihanraya Parlimen Kapar dengan pertembungan 7 penjuru.

Sedikit pun beliau tidak gentar malah lawannya juga bukanlah calang-calang malah sudah sedia mempunyai nama besar seperti Dato’ Abdullah Sani (PKR) dan juga merupakan mantan YB, Dr. Halimah Ali (PAS - Perikatan) yang juga merupakan mantan Adun Selat Klang dan Dr. Daroyah Alwi yang merupakan ADUN bagi kerusi SEMENTA.

Waima apa sahaja yang dikatakan, beliau sudah bersedia. Semangat beliau adalah seumpama kata-kata HAMKA yang terkenal;

"anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya dikayuh ketengah, dia tak boleh surut pulang, meskipun bagaimana besarnya gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang"

Begitu sekali besar dan tinggi semangat yang dibawa oleh anak muda ini. Pemerkasaan Orang Muda, Akses Pendidikan, Pembangunan Infrastuktur dan Khidmat Terbaik Untuk Kapar adalah Manisfesto yang Muhammad mahu bawakan di Kapar.

Rugi orang Kapar jika tidak memberi peluang kepada anak muda ini. Rugi jika masih memilih "pasukan lama" yang sebelum ini tidak Kapar ke mana-mana pun. #CukuplahSekali diberi peluang kepada PH dalam PRU lepas.

Kali ini kita beri peluang kepada calon anak muda ini. Marilah sokong Calon Anda:

Muhammad Bin Noor Azman
Parlimen P109 Kapar



No comments:

Powered by Blogger.