Doktor Turut Tawar Diri Jadi Calon Barisan Nasional
Bukan sahaja akauntan, doktor, jurutera dan professional lain juga dijangka menjadi taruhan Barisan Nasional sebagai calon pada PRU15 ini. Ketika PRN Melaka, BN pertaruhkan 84% calon muka baru, di PRN Johor, BN tawarkan 79% muka baharu dan kali ini dalam PRU15 sejumlah 70% muka baharu.
Tidak
mengejutkan tadi, kita mendapat perkhabaran dari Terengganu yang Dato’ Seri
Idris Jusoh mengambil langkah awal mengumumkan untuk tidak bertanding lagi pada
PRU kali ini demi memberi laluan kepada calon muka baharu.
Semalam juga viral satu poster mengenai seorang doktor yang dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional di Parlimen Pengkalan Chepa, Kelantan. Poster tersebut bila disemak memang ada di Fan Page Facebook Dr Hafiz di pautan ini ;
https://www.facebook.com/photo?fbid=113115984919318&set=a.108532738710976
Memang amat
layak, seorang doktor yang berjasa kepada negara ini ketika Malaysia dilanda
pandemik COVID-19 diberi peluang untuk berada di Dewan Rakyat. Masih muda dan
ada tenaga untuk memberi sumbangan yang lebih besar kepada negara ini. Doktor Hafiz
juga berjawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Pengkalan Chepa dan tidak asing lagi
di kalangan masyarakat tempatan.
No comments: