Setem Paling Mahal Di Dunia, Harganya RM38 Juta Sekeping - MyRating

Setem Paling Mahal Di Dunia, Harganya RM38 Juta Sekeping



Setem berharga 1 sen sahaja pada tahun 1856, iaitu kira kira 163 tahun yang lalu. Setem itu telah dibeli oleh seorang pereka kasut bernama Stuart Weitzman dengan nilai USD$9.5 juta, atau 7.4 juta pound sterling pada tahun 2015 di New York. Jika dikira dalam nilai ringgit jumlah adalah RM38 juta. 

Mahal sungguh setem ini, RM38 juta satu. Selepas membeli setem itu , Mr Weitzman telah menyewa setem itu selama dua setengah kepada National Postal Museum untuk dipamerkan kepada umum. 


Mr Weitzman, berusia 73 tahun mulai mengumpul setem pada usia mudanya, kemudian beliau minat dalam bidang fesyen kasut. Pembelian setem bernilai RM38 juta oleh Mr Weitzman itu mengalahkan harga yang sebelum ini dicipta untuk pembelian setem boleh Sheikh Saud yang membeli dengan nilai USD$7.5 juta atau kira kira RM30 juta dan Putera Richard yang membeli setem berharga RM36 juta pada tahun 2014. 


Bagi sesetengah pencinta setem, setem dari British Guiana ini seolah olah seperti potret Monalisa bagi mereka dan ada nilainya yang tersendiri. 

Setem One-Cent Magenta ini dicetak secara lokalnya di British Guiana kerana penghantaran setem daripada London tidak sampai pada waktu tersebut. Sebelum ini setem tersebut dimiliki oleh Arthur Hind, seorang taikun tekstil dari Amerika Syarikat yang telah memenangi bidaan untuk memilikinya dengan mengalahkan King George V dari England dan King Carol II dari Romania. 
Arthur Hind pada waktu itu membayar dengan nilai $32,000 (RM134,000) untuk memiliki setem tersebut pada waktu itu. Setem itu kemudiannya menjadi milik keluarga Du Pont yang meninggal di dalam penjara pada tahun 2010. 
Selepas memiliki setem ini, Mr. Weitzman menyatakan kepada Times 
“I had an album, an American album but of world-famous international stamps, and there was a big hole on the top of the page for the British Guiana.” Looks like that small blank space, has finally been filled" 
Kesimpulannya, memang benarlah harga setem ini bernilai sampai berpuluh juta nilainya. Ianya bukan mitos jika ada seorang pakcik dari Kampung Setul,Tasek Gelugor Pulau Pinang hendak menjual setemnya dengan harga RM5 juta satu setem. 
Boleh jadi juga nilainya sama dengan setem British Guiana ini, cuba pakcik ini tidak berapa pandai buat marketing. Diharap Weitzman dapat membacalah cerita pakcik dari Tasek Gelugor ini. 



No comments:

Powered by Blogger.