Pakcik Ini Hendak Jual Setemnya, Harganya RM5 Juta Satu Setem.
Pagi tadi, Friends of Posmen menceritakan tentang seorang pakcik yang suka collect setem dan setemnya berharga suku juta. Kali ini ada seorang pakcik ada setem berusia 141 tahun, satu setem ini khabarnya berharga RM5 dan RM6 juta. Wah mahalnya...sama sama kita tolong dia mencari pelanggan yang sesuai.
Tasek Gelugor: Walaupun kelihatan lusuh, setem Straits Settlements atau setem Negeri-Negeri Selat berusia 141 tahun dalam simpanan seorang lelaki sebenarnya berharga jutaan ringgit setiap satu.
Koleksi setem pertama Semenanjung Tanah Melayu itu milik Mohd Yusof Mat, 55, dari Kampung Setol, dekat sini, yang menyimpannya sejak berusia 10 tahun selepas diberikan arwah datuknya, Ahmad Abu.
Kebanyakan setem itu dikeluarkan pada 1876 dan tertera imej Ratu Victoria iaitu pemerintah Empayar Inggeris ketika itu dan Pulau Pinang adalah satu daripada tiga negeri Selat yang menggunakannya dalam urusan pentadbiran selain Melaka dan Singapura.
Pada setem itu tercatat nilai 10 sen, 50 sen, ‘one dollar’, ‘two dollar’ dan ‘five dollar’, tetapi kini dianggarkan bernilai antara RM5 juta hingga RM6 juta setiap satu.
Mohd Yusof berkata, mengikut sejarah, setem Negeri-Negeri Selat dikeluarkan pada 1876 selepas setem pertama dunia, Penny Black menyebabkan nilainya melonjak berikutan sukar diperoleh.
“Mungkin ada yang menganggap ia hanya kertas buruk, tetapi setem Straits Settlements sebenarnya mencecah jutaan ringgit setiap satu.
Mohd Yusof yang bekerja kampung berhasrat menjual setem itu, tetapi sukar mencari pelanggan selain masalah kesihatan.
Menurutnya, sebelum ini ada pihak menjual setem ‘Straits Settlements’ yang dikeluarkan pada 1921 pada harga RM50,000, manakala setem berharga 15 sen bernilai RM5 juta selepas 50 tahun.
“Jika nilai setem mencecah RM5 juta selepas 50 tahun, setem dalam simpanan saya tentu lebih tinggi nilai kerana berusia 141 tahun.
“Orang Inggeris sangat berminat dengan koleksi setem itu kerana ia bernilai sejarah menyebabkan harganya mencecah jutaan ringgit,” katanya.
Selain setem, Mohd Yusof menyimpan geran tanah lama berusia 100 tahun dan menggunakan setem Straits Settlements dalam urus niaga dengan pemilik tanah ketika itu selain setem Seniman Agung Tan Sri P Ramlee.
No comments: