5 Filem Paling Sedikit Kutipan Tahun 2019
Selalu kita dengar dan lihat preview cerita-cerita yang famous dan meletop sahaja. Apa kata kali ini kita ambil tahu serba sedikit tentang filem filem yang kurang bernasib baik kutipannya di pawagam.
Lima filem Melayu Malaysia yang kutipannya paling sedikit mengikut sumber https://www.finas.gov.my/en/malaysian-box-office/
Lima filem Melayu Malaysia yang kutipannya paling sedikit mengikut sumber https://www.finas.gov.my/en/malaysian-box-office/
No. 1 Bella & Jamie - RM9,186.50
Filem terbitan Mermaid Studio Sdn Bhd ini ditayangkan pada 31 Januari 2019 dan berada di ranking pertama kutipan filem Melayu paling rendah pada tahun 2019. Turut membintangi filem ini adalah Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Izzue Islam.
Ada elemen karikatur dan animasi dalam filem ini. Namun pemilihan tarikh tayangan yang bertembung dengan perayaan Tahun Baru Cina dan kurangnya promosi mungkin membuatkan filem ini tidak bernasib baik di pawagam. Hanya mengutip RM9,186.50 sahaja. Bermakna kalau harga tiket wayang adalah RM10, maka hanya ada kurang 1000 orang sahaja yang menonton filem ini.
No. 2 - 7 Hari Kisah Cinta Langkawi RM11,967.00
Filem ini dibintangi Josiah Hogan, Peter Davis, Mark Adam, Amai Kamarudin, Shaharuddin Thamby dan Sharifah Shahirah. Pelakon-pelakon baru Chi Azim,
Tengku Norsaili dan Tengku Rhea juga turut diperkenalkan dalam filem komedi-romantik ini.
Ia mengisahkan seorang vlogger popular bernama Adira (dijayakan oleh Chi Azim) yang menggunakan nama vlog Diva Asmara yang kerap memuatnaik kata-kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya tentang permasalahan cinta remaja serta bagaimana mengatasinya. Apabila beliau menerbitkan buku bertajuk Cara Memikat Lelaki Dalam 7 Hari
95 peratus penggambaran filem ini telah dilakukan di Pulau Langkawi, Kedah dan menerima sokongan resort Pondok Keladi dan Cassa Kaseh Guest House dan juga LADA (Langkawi Development Authority). Kurang bernasib baik, hanya mendapat RM11,967 kutipan sahaja di pawagam.
No. 3 Bu - RM21,754.00
Filem di tempat ketiga paling sedikit kutipan sepanjang tahun 2019 adalah filem Bu. Ditayangkan pada 11 April 2019. Filem ‘BU Kasih Suci’ dibintangi barisan pelakon hebat Malaysia seperti Remy Ishak, Rashidi Ishak, Nadiya Nisa, Iedil Putra, Nadia Brian, Tia Sara, Wan Hanafi Su dan Dian P. Ramlee.
Filem ini banyak mengetengahkan elemen kekeluargaan dan pengorbanan seorang wanita memberikan yang terbaik untuk keluarganya. Yang sanggup meninggalkan minatnya, mempertahankan maruah anak yang bersalah dan menahan kesakitan menimang cahaya mata bagi membentuk keluarga yang diimpikan suami.

No. 4 Garang RM22,053.50
Filem Melayu keempat paling rendah kutipan di panggung wayang sepanjang tahun 2019 adalah filem Garang. Filem dibuat sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa yang disambut 3 Disember setiap tahun, anda berpeluang menonton filem aksi pertama OKU berjudul Garang!
Garang diarahkan oleh Kan Varren dan mengambil inspirasi daripada kehidupan individu sebenar bekas atlit paralimpik sukan lumba kerusi roda, Izam. Faktanya, Izam yang turut membintangi filem ini pernah mewakili Malaysia ke Jepun dan Korea sekitar tahun 1998 hingga 2005. Namun kutipan filem Garang ini tidak garang di panggung wayang.

No. 5 Kolong RM26,680.00
Filem seram ini diarahkan oleh Zul Abu Kassim. Diterbitkan oleh Madness Films & Bentuk Pesona Sdn Bhd. Mengisahkan Seri (Luthya Suri) yang terperangkap dalam hutang terpaksa lari dari dua orang samseng yang memburunya.
Dia pulang ke kampung dan cuba mengambil geran tanah ibunya untuk membayar hutang tetapi hasratnya itu dihalang oleh adiknya Rudy (Izzy Riff). Rudy menyuruh Seri berkerja dengan Hairi (Wan Raja) yang buta tinggal di sebuah rumah banglo diatas bukit. Hanya berjaya mengutip RM26,680 sahaja di pawagam.
No comments: