5 Pemain Liga Malaysia Paling Mahal - MyRating

5 Pemain Liga Malaysia Paling Mahal

Menurut sumber  Transfermarkt.co.uk, berikut adalah lima orang pemain termahal dalam Liga Malaysia pada tahun 2019. Nilai pasaran lima pemain ini adalah antara RM3.5 juta hingga RM4.6 juta. 

Apakah pada tahun 2020 ini, ada pemain Liga Malaysia yang pertama bernilai lebih daripada RM5 juta? Boleh jadi, musim Liga Malaysia belum bermula lagi. Kita nantikan bersama-sama.


5. Gonzalo Cabrera - RM3.5 juta

Pemain sayap JDT ini antara yang menjadi perhatian tiba di JDT pada tahun 2018. Pada usia 31 tahun pemain kelahiran Argentina ini pernah beraksi untuk kelab Al-Faisaly, Botosani dan Defensa y Justicia.
Dia dianggarkan bernilai 750,000 euro (RM 3.5 juta).
4. Sanzhar Shaakhmedov - RM3.6 juta

Pemain kelahiran Uzbekistan berusia 29 tahun ini turut disenarai antara pemain termahal dalam Liga Super. Tiba di Terenggau tahun lepas selepas berhijrah dari Lokomotiv Tashkent, dia bermain di posisi penyerang dengan nilai pasarannya juga mencecah RM3.6 juta.
3. Natxo Insa - RM3.6 juta

Insa antara pemain import berprofil tingga dari Sepanyol. Dianggap antara pemain senior pada usia 34 tahun, dia berkongsi pengalaman bermain dengan beberapa kelab terkenal dunia termasuk Lavente dan Valencia.
Dia berkongsi nilai pasarannya bersama Velazquez.
2. Leandro Velazquez - RM3.6 juta
Seorang lagi pemain import JDT menguasai kedudukan sebagai pemain yang mempunyai nilai pasaran tinggi dengan harga 800,000 euro (RM3.6 juta).
Pemain tengah kelahiran Argentina berusia 31 tahun ini tiba di Johor awal musim lepas sekaligus memperkuatkan jentera serangan.
Dia merupakan bekas pemain kelab Rionegro Aguilas.
1. Diogo Luis Santo - RM4.6 juta
Santo merupakan penyerang utama JDT mendahului status sebagai pemain paling mahal dalam sejarah Liga Super setakat ini dengan nilai pasaran mencecah sejuta euro (RM4.6 juta).
Pemain kelahiran Brazil berusia 33 tahun menyarung jersi JDT tahun lepas selepas 3 tahun berkelana di Buriram United.
Kehadiran Santo turut membantu skuad kendalian Benjamin Mora ini terus menguasai liga musim lalu.

No comments:

Powered by Blogger.