7 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2019 - MyRating

7 Wanita Paling Cantik Di Dunia Pada Tahun 2019

7. Priyanka Chopra - 37 tahun, India, Status Berkahwin

Bekas Miss World dan merupakan Wanita Asia Paling Seksi tahun 2018 oleh Eastern Eye. Priyanka berada di kedudukan ketujuh sebagai Wanita Paling Cantik menurut ranking Wonderlist. 
Priyanka adalah isteri kepada Nick Jonas, Bukan sahaja berlakon di Bollywood tetapi pada tahun 2019, Priyanka turut berlakon sebagai Alex Parrish dalam drama ABC Quantico.
6. Nana (Im Jin-Ah) - 28 tahun, Single, Korea Selatan

Nama panggilannya adalah Nana dan merupakan bekas penyanyi kumpulan K-Pop After School. Selain menyanyi Nana juga adalah seorang model dan pelakon. Pernah berlakon dalam filem Love Weaves Throuh a Millenium (2015), The Good Wife (2016), Kill It (2019) dan Justice (2019).   
Nana bergraduasi daripada Ochang High School di Cheongju dan merupakan peserta Asia Pasifik Super Model pada tahun 2009. 

5. Deepika Padukone - 34 tahun, India. Berkahwin

Model jenama Tissot, Sony Cyber-shot, Nescafe, Vogue eyewear, Maybelline dan Pepsi. Dilahirkan di Denmark dan merupakan anak kepada Prakash Padukone, pemain badminton terkenal India. 
Majalah Time pada tahun 2018 meletakkan Deepika Padukone sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia. Pada tahun 2012, Deepika dinamakan sebagai Wanita Tercantik di India oleh majalah People. Sebuah majalah UK, Eastern Eye memilih Deepika sebagai wanita paling seksi di Asia pada tahun 2016 dan 2018.
4. Ana de Armas - Janda, 31 tahun, Cuba
Dilahirkan di Cuba tetapi turut memilik kerakyatan Sepanyol. Berlakon pada tahun 2006 dalam filem Sepanyol Una rosa de Francia dan kemudian membintangi siri televisyen El Internado antara tahun 2007 hingga 2010. 
Kemudian Ana ke Hollywood untuk berlakon dalam filem Knock Knock, Hands of Stone dan War Dogs. 
Ana membawa watak Marta Cabrera dalam filem Blade Runner 2049 (2017) dan filem misteri Knives Out pada tahun lepas. Kemudian Ana mendapat pencalonan untuk Golden Globe Award for Best Actress - Motion Picture Comedy of Musical. 
3. Selena Gomes - 27 tahun, Amerika Syarikat, Single

Ya, dia memang seksi pun. Suara pun seksi. Itulah Selena Gomez. Bermula di layar perak dengan berlakon dalam cerita Barney and Friends pada tahun 2002 hingga 2004 beberapa siri drama dan filem keluaran Disney. 

Selena Gomez menjadi duta Unicef dan turut berkempen untuk Barrack Obama pada tahun 2008. Selena Gomez juga adalah duta kepada jenama Coach dan Puma dan dia dibayar sejumlah USD$800,000 untuk setiap posting yang dia lakukan di Instagram nya. Wah masyuk !!!

2. Liza Soberano, 22 tahun. Amerika Syarikat - Filipina, Couple


Artis kacukan Amerika Syarikat dan Filipina. Dilahirkan di California, Amerika Syarikat dan pada usia 12 tahun berpindah ke Filipina. Pada tahun 2018, YouGov sebuah badan penyelidikan antarabangsa di UK menyenaraikan Liza di tangga pertama "most admired woman" di Filipina. 

Telah berlakon 6 filem dan banyak siri televisyen. Liza telah couple dengan pasangannya, Enrique Gil sejak Oktober 2014. Liza dinobatkan sebagai endorser paling popular pada tahun 2018 dari majalah Campaign Asia dan dalam tahun yang sama, wajah Liza terpapar di laman web Vogue.


1. Hande Ercel - 26 tahun. Turki. Single



Memang cantik sungguh. Macam bidadari turun ke bumi. Inilah dia gadis Turki bernama Hande Ercel. Seorang pelakon dan juga model di Turki. Dikenali kerana wataknya dalam drama romantik komedi Ask Laftan Anlamaz (2016-2017). Membintangi 9 buah filem, kesemuanya di Turki. Memang cantik, lepas ni Hollywood confirm sambar ajak berlakon cerita Transformers atau jadi Avengers. 

No comments:

Powered by Blogger.