Ramalan Kedudukan No. 1 Sampai No. 5 : Final Maharaja Lawak Mega 2019 - MyRating

Ramalan Kedudukan No. 1 Sampai No. 5 : Final Maharaja Lawak Mega 2019



Malam ini adalah malam akhir pentas Maharaja Lawak Mega 2019. Rancangan lawak no. 1 di Malaysia ini akan berakhir pada malam ini, 10 Januari 2020. Malam ini adalah malam mencari juara. Berikut adalah juara-juara Maharaja Lawak Mega sebelum ini. 

Tahun 2011 - Osbon (Abon dan Mr Os)
Tahun 2012 - Jozan (Johan dan Zizan)
Tahun 2013 - Sepahtu (JepRahim dan Shuib)
Tahun 2014 - Zero (AtuSharif dan Syaiful)

Tahun 2016 - Bocey (AbamAchey dan Fad)
Tahun 2017 - Bocey (AbamAchey dan Fad)
Tahun 2018 - Shiro (Ajak dan Shahrol)
Tahun 2019 - ??????


Berikut adalah ramalan keputusan Akhir pada malam ini berdasarkan pencapaian, konsistensi dan rekod sepanjang sepuluh minggu program ini diadakan. Kedudukan ini adalah ramalan yang dibuat  berdasarkan analisa data dan pemerhatian. 

Ianya mungkin tidak tepat dan berubah mengikut citarasa rakyat dan kehendak penonton. Anda bebas untuk meletak siapa yang anda rasa juara di hati anda. Ini kerana lawak itu adalah terlalu subjektif untuk dinilai dan disama ratakan di hati semua orang. Apa yang pasti, pihak MyRating meramalkan malam ini tidak akan ada juara bersama. 

No. 5 - Puteh - RM15,000 hadiah


Dalam pertandingan kali ini, Ali diduga dengan cabaran yang hebat bila kehilangan anaknya ketika pertandingan MLM sedang berlansung. Namun Ali tetap tabah meneruskan perjuangan dalam MLM bersama Mamak dan anggota barunya iaitu Man. 

Prestasi Puteh nampak semakin baik di minggu-minggu akhir. Dalam minggu ke-8, Puteh berjaya memenangi Anugerah Flamitoz Paling Syok ketika mementaskan tema pelancongan. Namun secara keseluruhannya, jalan cerita dan olahan lawak yang dibuat oleh Puteh semakin bagus tetapi disebabkan ianya pertandingan ada lawak-lawak yang lebih baik daripada kumpulan lain maka atas faktor ini Puteh mungkin berada pada tempat ke-5 pada malam ini. 

Apa pun keadaan mungkin berubah jika Puteh mementaskan sketsa yang luar biasa malam ini. Kemungkinan mereka boleh menjadi Naib Juara jika mereka pentaskan persembahan maksimum malam ini. 


No. 4 - Bocey - RM50,000 hadiah



Bekas juara dua kali berturut-turut, Bocey dijangka mengisi tempat ke-4 malam ini. Bergantung kepada kreativiti dan kejutan yang bakal mereka lakukan malam ini. Lawak Bocey pada tahun ini sudah boleh diagak dan diramal. Ianya tidak sama ketika Bocey menjadi juara dua kali suatu ketika dahulu. 

Dulu nampak muka Abam sahaja, semua orang sudah pecah perut. Namun kali ini olahan "membahan" kawan-kawan yang sering menjadi senjata Bocey suatu ketika dulu kurang digunakan. Malah kekuatan utama Bocey sebenarnya adalah pada skrip dan twist yang mereka lakukan semasa persembahan. Ini pun jarang digunakan kecuali ketika kehadiran Yoe Parei baru baru ini. Nampak lawak itu original dan menjadi.

Penonton tidak dipaksa untuk gelak.  Bocey ketika kehadiran Yoe Parei mendapat Anugerah Flamitoz Paling Syok. Garapan idea yang "gerrr gerr" itu telah menjadikan juara pada Minggu ke-9. Kedudukan boleh berubah dan Bocey boleh menjadi juara untuk kali ketiga jika mereka melakukan sesuatu yang unik, dan jarang mereka lakukan untuk persembahan final pada malam ini. 


No. 3 - Zero - RM150,000 hadiah


Kumpulan yang cukup bertenaga dan penuh dengan energi dalam pentas Maharaja Lawak Mega. Juara pada edisi MLM 2014. Beberapa tahun lepas selepas menjadi juara, garapan Zero nampak agak mendatar. Namun kali ini Zero sering mementaskan sesuatu yang segar dan unik. Lain dari Zero yang sebelum ini. 

Apa yang masih kurang adalah kadang kala, garapan dan penceritaan Zero itu nampak agak longgar antara satu plot ke satu plot yang lain. Punch line ada, cukup banyak tetapi kesudahan cerita, moral of story dan ke mana cerita itu hendak dihabiskan kadang kala membuatkan penonton bingung. Macam ada yang tergantung. 

Jika Zero dapat kemaskan kekurangan-kekurangan ini, maka Zero akan menjadi juara pada malam ini. Dua kali Zero menjadi kumpulan Flamitoz Paling Syok, jika persembahan terbaik pada dua minggu itu berjaya diulangi Zero, pasti malam ini Zero akan menjadi juara.




No. 2 - Rare - RM250,000 hadiah



Ajak adalah juara MLM pada tahun lepas. Pada tahun ini Ajak bersama dengan Ropi dan Pak Ya membentuk kumpulan baru bernama Rare. Sketsa lawak yang dipentaskan oleh Rare adalah lain dari yang lain. Lawak ada, sedih ada dan penuh dengan emosi. 

Unsur-unsur kekeluargaan dan nasihat yang disampaikan secara selingan oleh Rare memang mengangumkan. Penonton boleh bercampur baur emosi bila melihat persembahan kumpulan Rare. Atas kualiti persembahan sebegitulah Rare telah menang Anugerah Flamitoz Kumpulan Paling Syok pada minggu ke-5. 

Graf peningkatan persembahan kumpulan Rare nampak makin menaik dan masih belum mencapai syiling lagi. Punch line, skrip dan muzik adalah kekuatan Rare, jika ini digarap dengan baik boleh jadi Rare akan menjadi juara. 

Kita tengoklah malam ini. Kekuatan Ropie perlu digunakan sepenuhnya dan Pak Ya mesti diberi peranan yang lebih jika Rare menjadi Juara. Jika itu tidak dibuat, Rare akan sekadar mendapat tempat kedua sahaja malam ini. 



No. 1 - JBorn - RM500,000 hadiah



Kumpulan baru dan baru menjadi juara Muzikal Lawak Superstar 2019. Selepas juara di Muzikal Lawak mereka terus serta MLM. Aura kemenangan itu masih ada lagi pada JBorn. Pada persembahan minggu pertama dan kedua, terus nampak kehebatan kumpulan baru ini. 

Menang paling banyak Anugerah Flamitoz Paling Syok sebanyak 4 kali. Minggu 1, 2, 4 dan 7. Kekuatan kumpulan JBorn ini adalah skrip dan punch line yang penuh mengejutkan. Penghayatan watak yang cukup mendalam oleh Joey dan Khir Rahman adalah kekuatan mereka, ditambah dengan punch line mengejutkan daripada Vicha. 

Jika ini diteruskan dan dipertingkatkan lagi kualiti persembahan pada malam ini maka JBorn akan menjadi Juara MLM dan membawa pulang setengah juta pada malam ini. 

Hanya satu yang boleh menghalang JBorn, mereka perlu kurangkan cerita yang terlalu kompleks dan sukar difahami penonton. Memudahkan ayat dan penceritaan. Cerita yang nampak berbelit akan mengurangkan peluang mereka menjadi juara. Itu sudah berlaku dan JBron terpaksa berada sekejap di Bottom Four di minggu tema pelancongan, hanya dapat 54.72% markah sahaja. 

Jika tidak ulangi kesilapan itu, JBorn akan jadi Juara. 


Apakah ramalan ramalan ini benar? Tidak tahulah. Semuanya boleh berubah jika peserta meningkatkan prestasi mereka malam ini. Good luck semua


No comments:

Powered by Blogger.